
Masak Lemak Cili Api Ikan Macherel
Pernah tak tersalah beli ikan dalam tin ni? Niat dihati nak beli sardin tapi terbeli makcik mackerel ni pula. Tak kan nak membazirkan? Jomlah masak lemak cili api stail makrerama.
Ikan macherel ni besar dari ikan sardin tu. Macam ikan tongkol pun ada. Halahhh. Ingat nak buat sandwich. Kat rumah ni anak-anak tak makan ikan ini kalau buat sambal.
Buat masak lemak gini elok je semua makan. Mujur Umi ada ilmu kuntau. Settle, semua kata sedap.
Masak lemak cili cpi ikan macherel kau. Nama pun tak beragak. Dah level restaurant terkenal dah. Terbelit lidah menyebut.
Bahan-Bahan:
- 2 tin kecil ikan macherel
- 1 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 batang serai
- Santan
- Cili api
- Cili hijau
- Asam keping
- Serbuk kunyit
- Daun kunyit
Cara Memasak:
1. Kisarkan cili api dan bebawang. Bubuh dalam periuk bahan kisar, serbuk kunyit, asam keping Dan serai. Masukkan air dalam periuk. Tak payah tumis kita rebus je semua.
2. Biarkan semua bahan menggelegak bok bok bok. Masukkan ikan macherel tadi. Kakchik masukkan sekali sos tomato dalam tin tu. Jangan bazir, takdenya hanyir.
3. Seterusnya, Masukkan santan kotak, daun kunyit, tomato, dan cili hijau. Perasakan dengan garam dan gula ikut selera. Jangan bubuh gula banyak sangat.
Hidangkan dengan telur masin. Senang kerja mak. Dah tak membazir ikan dalam tin tadi.
Resepi Oleh: Umi Watie