Resepi Nasi Goreng Sardin Mackerel
Ada yang nak ubah selera sikit dan teringin nak makan nasi goreng mackerel? Di bawah ni, saya share resepi dan cara-cara buat nasi goreng mackerel cara saya. Selamat mencuba!.
Bahan-Bahan:
- 1 tin Sardin Mackerel Ayam Brand
- 1 biji telur – Goreng hancur
- Sedikit ikan bilis
Bahan-Bahan Tumbuk:
- Cabai kering (gunting buang biji kemudian basuh bersih-bersih. Rebus sekejap supaya senang nak tumbuk)
- Bawang merah
- Bawang putih
- Belacan
- Garam
- Gula
+ Kuantiti semua agak-agak saja. Tumbuk tak payah sampai lumat sangat, tumbuk kasar sahaja.
Cara Membuat:
1. Goreng telur (goreng hancur) dan bilis dulu. Kemudian asingkan. Yang ni, last nanti baru saya masukkan dalam nasi nanti.
2. Ambik isi mackerel sahaja. Sos atau kuah dia saya tak ambik. Saya tak buang sos tu, tapi simpan dalam 1 bekas lain. Nanti2 bila nak masak apa2 boleh guna sos tu balik. Jangan membazir.
3. Dalam minyak bekas goreng telur dan bilis tu tadi, saya gorengkan sekejap isi mackerel tu. Potong-potong kasar isi ikan dan jangan lupa buang tulang dalam isi mackerel tu. Saya tak suka makan tulang dia.
4. Angkat dan toskan minyak dia. Ketepikan dulu sebab yang ni last nanti baru saya nak masukkan dalam nasi nanti.
5. Dalam minyak bekas goreng mackerel tu tadi, tumiskan bahan-bahan tumbuk. Masak cabai tu sampai betul-betul masak dan sedikit garing dan terbit minyak.
6. Ok, masa ni boleh la nak boh garam ka gula ka serbuk perasa ka. Saya tak boh dah sebab masa nak tumbuk cabai kering tadi, saya dah boh siap-siap dah dalam tu.
7. Lepas dah cabai tu masak elok, masukkan nasi. Gaul bagi rata kesemua nasi tu. Jangan bagi ada nasi yang berketul-ketul.
8. Ok, bila dah rata semua, last sekali baru masukkan telur, bilis, dan mackerel yang dah digoreng awal tadi. Gaul semua bagi rata. Goreng nasi sampai masak elok semua. Siap!.
Resepi Oleh: Iera Munira