Kuih Muih

Resepi Apam Nasi Lembut dan Gebus

resepi-apam-nasi-lembut-dan-gebus

Resepi Apam Nasi Lembut dan Gebus

Resepi yang cukup mudah dan ringkas, Apam nasi lembut dan gebus. Memang sedap.

Bahan-Bahan:

  • 1 cwn nasi
  • 1 cwn gula
  • 1 1/2 cwn air
  • 2 cwn tepung beras – saya guna cap Teratai
  • 2 sudu bsr tepung gandum
  • 1 sudu teh yis kering (mauripan)
  • 1 paket Eno – paket biru
  • 1 bj kelapa parut – ambik putih saja
  • 3/4 sudu teh garam halus
  • 1 sudu bsr gula
  • 1 helai daun pandan – di potong kecik
  • Pewarna merah, kuning, hijau, unggu

Cara Membuatnya:

1. Blend nasi, gula dan air hingga betul-betul halus. Kemudian, masukkan tepung beras, tepung gandum dan yis. Blend lagi hingga sebati.

2. Tuang adunan ke dalam bekas bertutup dan perap selama 3-5 jam pada suhu bilik. Saya perap semalaman.

3. Kacau sekejap adunan dan campur eno. Kacau perlahan-lahan higga sebati. Bahagikan kepada beberapa bahagaian dan warnakan.

4. Sapu minyak pada acuan. Sudukan adunan hingga hampir penuh. Kukus selama 20 minit dengan api yang sederhana.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Popia Inti Cheese

5. Setelah masak, keluarkan apam dari acuan. Satu adunan saya dapat 21 biji apam guna acuan love ni. Hidangkan apam bersama kelapa parut.

6. Untuk buat kelapa parut; kacau kelapa dengan garam dan gula. Letak daun pandan di atasnya dan kukus selama 5-10 minit hingga wangi. Tujuan kukus supaya kelapa tahan lama.

Resepi Apam Nasi Lembut dan Gebus

Resepi Oleh: Nor Al Fatihah