
Resepi Masak Lemak Cili Api Ikan Tenggiri
Bahan-Bahan:
6 keping ikan tenggiri
1 biji kelapa (santan rm2)
*10 @ 15 biji cili api (ikut kepedasan masing-masing)
*2 inci kunyit hidup
1 asam keping
1 biji tomato (kalau suka)
1 batang serai (di titik)
1 helai daun kunyit (di potong besar-besar)
Cara Memasak:
1. Tumbuk cili bersama kunyit hidup. Masukkan semua bahan tumbuk dan serai dalam periuk, tambah sedikit air.
2. Bila dah mendidih, masukkan ikan dan biarkan seketika. Bubuh garam secukup rasa, kalau nak tambah bendi pun boleh.
3. Kemudian, masukkan daun kunyit, dalam 2 minit msukkan santan pekat tadi. Kalau likat sangat, tambah sedikit air ye.
4. Kacau perlahan-lahan, jangan tinggalkan takut pecah minyak. Bila dah mendidih, tutup api. Dah siap.
Tip: Kalau kelapa parut saya blend 2 kali. Masukkan manggkuk yang kedua dulu. Dah mendidih, baru masukkan santan pekat.
Resepi Oleh: Radia Tussoleha