
Mango Cheese Cake Tak Perlu Bakar atau Kukus
Mango Cheese Cake Spesyel kite buat sempena Anniversary kite semalam. Kek febret yang tak perlu dibakar atau kukus, cuma disejukkan dalam peti ais. Hanya perlu saboo tunggu die keras, set layer demi layer. Gabungan mangga, cheese dan biskut yang crunchy membuatkan kek ni sangat sedap dan creamy. Rasa macam aiskrim, makan pulak sejuk-sejuk dari peti ais. Memang layan la, makan sambil geleng-geleng kepala sebab terlajak sedap. Bab paling best masa susun mangga jadi bentuk bunga tu.. ralikk.
Bahan Lapisan Biskut:
- 20 keping biskut Marie – diblend halus
- 1/2 cawan Nestum – boleh skip jika tak nak
- 100 gm butter – dicairkan
Bahan Lapisan Cheese:
- 500 gm cream cheese
- 200 ml dairy whipping cream
- 1 cawan gula kastor
- 1 biji mangga
- 1/3 cawan air masak
- 1/2 biji mangga – dipotong kiub
- 3 sudu besar gelatin halal
- 1/3 cawan air panas
Bahan Lapisan Puri Mangga:
- 1/2 biji mangga
- 1/3 cawan gula kastor
- 1/3 cawan air masak
- 2 sudu besar gelatin halal
- 1/3 cawan air panas
Bahan Topping Bunga Mangga:
- 3 biji mangga – dihiris nipis panjang
- 1 sudu teh gelatin halal
- 1/4 cawan air panas
Cara Membuatnya:
1. Lapisan Biskut; Satukan biskut Marie yang telah diblend bersama nestum. Campur butter cair dan kacau sebati. Tuang biskut ke dalam loyang loose saiz 9 inci (loyang tapak boleh dibuka). Tekan-tekan dengan gelas dan simpan di dalam peti ais selama 1/2 jam.
2. Lapisan Cream Cheese; Pukul cream cheese dan gula hingga kembang. Dalam bekas lain, pukul dairy whipping cream hingga kembang. Campur ke dalam adunan cheese tadi dan pukul hingga sebati.
3. Blend mangga bersama air masak hingga halus. Tuang ke dalam adunan. Larutkan gelatin dengan air panas selama 5 minit. Tuang ke dalam adunan cheese. Pukul hingga sebati. Campur mangga kiub dan kacau rata. Tuang ke atas biskut. Simpan di dalam peti ais 2-3 jam hingga keras.
4. Lapisan Puri Mangga; Blend mangga bersama gula dan air hingga halus. Larutkan gelatin dengan air panas selama 5 minit. Kemudian, tuang ke dalam puri mangga dan kacau sebati. Tuang puri mangga ke atas lapisan cheese yang telah keras. Simpan di dalam peti ais semula selama 2 jam hingga keras.
5. Topping Bunga Mangga; Hiris mangga nipis-nipis tapi jangan terlalu nipis. Susun di atas kek menjadi bentuk bunga. Larutkan gelatin dengan air panas selama 5 minit. Tuang bancuhan gelatin ke celah-celah mangga supaya ia melekat antara satu sama lain. Simpan dalam peti ais 2 jam hingga keras/set.
Nota:
Serbuk Gelatin Halal >> https://shope.ee/5KezbkMblx
Loyang Tapak Boleh Buka >> https://shope.ee/1L8qqY7XGq
Resepi Oleh: Nor Al Fatihah T-hah