Kuih Muih

Lompang Lesung Pipit Lembut Manis dan Sedap

lompang-lesung-pipit-lembut-manis-dan-sedap

Lompang Lesung Pipit Lembut Manis dan Sedap

Hari nie berbuka posa dengan “SI LESUNG PIPIT”. Al-kisahnya hari nie saya dan isteri berpuasa sunat. Mai tengahari tetiba isteri saya sakit gigi. Saya suruh dia berbuka sebab boleh makan ubat. Dia kata takpa, tak la sakit teruk sangat. Boleh gagah berpuasa lagi. Sayang nak berbuka dia kata.

Lepas zohor macam tu dia request nak makan kuih yang lembut-lembut. Saya kata nak makan kuih pa? Dia kata ikut la janji yang lembut. Dalam fikiran, kuih apa la yang senang nak buat. Pikiaq habis pikiaq, belek segala resepi, maka jadi la Kuih Lompang. Mudah tapi renyah bab mengukus tu ja. Demi isteri tercinta, buat jugak la. Sapa tak sayang bini oiii.

Resepi Lompang “Si Lesung Pipit”

Bahan A:

  • 2 cawan gula merah
  • 1/4 cawan gula pasir (kalau suka manis, lebihkan gula)
  • 4 cawan air

Masukkan ke semua bahan-bahan nie di dalam periuk. Masak sehingga gula larut. Bila gula sudah larut, ketepikan sehingga air gula suam.

Bahan B:

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 sudu teh air kapur

Bahan C:

  • Sebiji kelapa (amik bahagian putihnya saja)
  • Sedikit garam

Cara Membuat:

1. Sebelum tu panaskan dulu pengukus. Acuan kuih disapu minyak kemudian panaskan sekejap di dalam pengukus. Masukkan semua bahan A dan bahan B di dalam sebuah bekas. Kacaukan sehingga semua bahan-bahan sebati. Tapiskan.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kuih Qasidah

2. Kemudian tuangkan adunan di dalam acuan. Kukus selama 15 minit dengan api yang kuat/besar. Bila dah masak, boleh la angkat. Jika ada air dalam lubang lesung tu bleh angkat dan tuang.

3. Sebelum hidangkan kuih, kukus sebentar kelapa yang dah dicampur dengan sedikit garam. Nie bertujuan untuk elakkan kelapa cepat basi. Boleh la di hidangkan. Sukatan nie boleh dapat 45 biji kuih.

Guna Pengkukus ‘High Quality’ Ni Baru Masak Dengan Sempurna >> https://shope.ee/4pigwc2ezG

Lompang Lesung Pipit Lembut Manis dan Sedap

Resepi Oleh: Shah Shatry