
Lompang Pandan Sedap Guna Jus Pandan Asli
Assalamualaikum. Lama rasanya saya tak berkongsi resipi. Biasalah. Kalau tak ada apa nak share tu, maksudnya memang tak masak sesuatu yang berialah. Maklumlah, saya tengah dalam misi untuk kurangkan makan. Tapi, tiba-tiba teringin nak makan kuih Melayu yang mild dan tak bersantan. Jadilah lompang pandan ni. Apa yang saya faham, kalau buat dalam acuan lompang, namanya kuih lompang dan kalau buat dalam loyang, namanya kuih kaswi. Betul tak?.
Luckily, lompang saya ni siap ada lesung pipit kesemuanya. Tapi kalau tak ada lesung pipit pun tak apa. Cover dengan kelapa parut dan boleh makan. Jangan dibuang dan bersedih hati pula. Tqvm cikgu insta famous @surianti_kitchen kongsikan resipinya. Saya cuba dengan sedikit modification dan mengikut cara saya.
Bahan-Bahan: (15-20 biji kuih)
- 1 1/2 cawan tepung beras
- 1 sdb tepung ubi kayu
- 1 sdt air kapur
- 3/4 cawan gula pasir
- 2 1/2 cawan jus pandan dari 15 helai daun pandan
- Pewarna hijau (Optional)
- 1 cawan kelapa parut putih
- Secubit garam
Cara Penyediaan:
1. Masak gula dengan jus pandan. Sejukkan. Campurkan tepung beras, tepung ubi dan air kapur ke dalam jus pandan yang telah disejukkan. Kacau rata sehingga campuran sebati.
2. Oleskan acuan dengan sedikit minyak. Panaskan kukusan. Apabila air menggelegak, panaskan acuan selama 5-10 minit. Selain itu, kukus kelapa dan garam seketika. Sejukkan.
3. Masukkan campuran tepung ke dalam acuan dan kukus selama 15 minit. Sejukkan dan keluarkan kuih dari acuan. Taburkan dengan kelapa parut. Sedia untuk dihidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi.
Nota:
- Saya gunakan tepung beras cap Teratai.
- Boleh kurangkan penggunaan daun pandan & gunakan perisa pandan.
- Kacau campuran tepung sebelum dituang ke dalam acuan lompang.
- Cungkil keliling kuih dengan menggunakan lidi pencungkil gigi yang bersih untuk mengeluarkan kuih dari acuan.
Resepi Oleh: Noor Ashikin Saerah