Resepi Kuih Lompang Pandan
Bahan-Bahan:
- 2 cwn tepung beras
- 2 1/2 cwn air daun pandan (blend)
- 1 cwn gula pasir – ikut citarasa, boleh kurangkan
- 2 sdm tepung ubi
- 2 sdm air kapur
- secubit garam
- pewarna hijau (optional)
- kelapa parut + sedikit garam
Cara Buat:
1. Campur semua bahan di atas (kecuali kelapa parut) dalam mangkuk, gaul sebati. Tapis adunan, masukkan ke dalam bekas yang bermuncung/jug air.
2. Panaskan periuk kukusan dan balut tudung periuk dengan kain. Sapukan sedikit minyak pada acuan dan kukus sekejap dalam 2 minit.
3. Tuangkan adunan ke dalam acuan lompang dan kukus selama 20-30 minit dengan api sederhana besar (dalam masa tempoh pengukusan kuih, tolong jangan dibuka sama sekali tudung periuk, ini bagi memastikan pembentukan lesung pipit pada permukaan kuih akan terjadi).
4. Apabila kuih masak, sejukkan sebentar dan hidangkan bersama kelapa parut. Selamat mencuba.

Resepi Oleh: bunga_lavenders