Nasi

Cara Masak Nasi Beriani Kambing Grill

cara-masak-nasi-beriani-kambing-grill

Cara Masak Nasi Beriani Kambing Grill

Tq @hexafood sebab cipta Rempah Beriani Arab yang maha simple dan paling penting sedap. Faa ikut resipi pada botolnya aje, just tambah beberapa bahan dan walla!. Turn up Nasi Beriani Arab yang sangat sedap. Korang wajib cuba. Untuk kambing grill pun faa tak bubuh banyak bahan. Cukup Garam Masala, Turmeric Ground dan Cajun @hexafood. Bammmm! The best ever kambing grill he ever had.⁣

Portion: 2-3 orang⁣

Bahan Kambing Grill:

  • 1 kg lamb shoulder ⁣
  • 1 sudu besar Garam Masala @hexafood ⁣
  • 1 sudu kecil Turmeric Ground @hexafood ⁣
  • 1 sudu kecil Cajun @hexafood ⁣
  • Garam dan gula secukup rasa ⁣
  • 3 sudu besar olive oil⁣
  • 1/2 cawan minyak

Cara Membuat:

1. Gaul sebati semua bahan kecuali minyak. Perap 2-3 jam atau lagi sedap semalaman. Panaskan non stick pan, ratakan minyak. Grill kambjng tadi hingga masak dan garing. Kalau nak bakar dalam oven pun boleh.

Bahan Nasi Beriani:

  • 2 cawan beras basmathi (basuh bersih, rendam 1 jam, toskan)⁣
  • 3 cawan air⁣
  • 2 sudu besar minyak⁣
  • 1 sudu besar butter⁣
  • 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang)⁣
  • 1 helai daun bay⁣
  • 1 biji bawang holland (hiris)⁣
  • 2 ulas bawang putih (cincang halus)⁣
  • 2 sudu besar Rempah Nasi Beriani Arab @hexafood ⁣
  • garam secukup rasa⁣
  • 1 pokok daun ketumbar (hiris)

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan butter. Tumis 4 sekawan dan daun salam sampai naik bau. Masukkan bawang holland dan bawang putih. Kacau sampai garing dan layu. Tambah rempah beriani arab, kacau sampai garing. Tambah air. Perasakan dengan garam, kacau dan biar mendidih.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Nasi Jagung Lemon dengan Ayam Tandoori

2. Bila dah mendidih, tutup api. Masukkan beras basmathi dan bahan tumis tadi dalam rice cooker. Masak macam biasa. Bila nasi dah masak, kacau, tabur daun ketumbar. Siap.

Bahan Sambal Nasi Arab:

  • akar ketumbar⁣
  • 1 biji tomato⁣
  • 3 biji lada besar hijau⁣
  • cili api secukupnya⁣
  • 1 ulas bawang putih⁣
  • 1 cawan air suam⁣
  • garam, gula dan jus limau secukup rasa

Cara Membuat: Kisar semua bahan sehingga lumat. Sesuaikan rasa.

Bahan Sampingan:

  • daun ketumbar⁣
  • lada besar hijau⁣
  • 1 biji bawang besar⁣
  • 1 biji tomato⁣
Cara Masak Nasi Beriani Kambing Grill

Resepi Oleh: Dapurfaafeefoo