Kuih Talam Berlauk Guna Acuan Kecil Lebih Mudah
Salam Maal Hijrah 1445H. Semoga tahun baharu ini akan memberikan azam dan lembaran baharu yang lebih baik buat kita semua selain dipenuhi dengan keberkatan daripada Allah SWT. Hari ini saya kongsikan satu lagi menu kuih yang menggunakan acuan twister iaitu kuih talam berlauk. Selain inti daging atau ayam boleh juga guna inti serunding atau udang kering.
Bahan-Bahan Inti:
- 450g Ayam/daging kisar
- Sebiji bawang besar potong dadu
- 2 ulas bawang putih dikisar
- 2 ulas bawang merah dikisar
- Sedikit halia dikisar
- 5 sudu besar rempah kari daging
- Sedikit cili kisar.
- Garam, perasa, gula secukupnya
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dikisar sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan rempah kari. Kacau rata sehingga hingga garing dan naik minyak.
2. Seterusnya, masukkan daging atau ayam yang dikisar. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak hingga kering sedikit. Angkat dan toskan lebihan minyak.
Bahan Kuih Talam:
- 3 cwn tepung gandum
- 6 sudu besar tepung jagung
- 1 Kotak santan
- 5 cwn air
- 1 biji telur
- 1 kiub Pati ayam/Maggi cukup rasa
Cara Membuat:
1. Panaskan kukusan. Satukan semua bahan, blend dan tapis. Sapu minyak pada acuan dan tuang adunan ke dalam acuan. Setelah air dalam kukusan menggelegak, kukus adunan selama 15 minit.
2. Biarkan kuih sejuk seketika, cungkil dengan lidi untuk keluarkan kuih daripada acuan. Letak inti, hiaskan dengan cili merah dan dan daun sup. Selamat mencuba.
Guna Pengukus Elektrik Ni Kuih Cepat Masak! >> https://shope.ee/4fQCEGj9Kl
Guna Acuan Twister Macam Ni >> https://shope.ee/30Mze5iZwy
Resepi Oleh: Nur Masri