Kuih Muih

Resepi Kuih Talam Berlauk Daging

resepi-kuih-talam-berlauk-daging

Resepi Kuih Talam Berlauk Daging

Bahan Inti:⁣

  • 300gm daging cincang⁣
  • 1 biji bawang besar (dadu halus)⁣
  • 2 ulas bawang putih (cincang halus)⁣
  • 2 biji cili api (cincang halus)⁣
  • 4 sudu besar Sos Spageti Kimball⁣
  • 1 sudu besar Sos Tiram Kimball⁣
  • 2 sudu besar serbuk kari daging⁣
  • 1/3 cawan air⁣
  • garam & gula secukup rasa⁣

Cara Buat Inti:

1. Panaskan pan, tumis daging cincang, bawang besar, bawang putih dan cili api sehingga garing.⁣

2. Tambah sos spageti, sos tiram, serbuk kari daging dan air. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Kacau lagi sehingga kering. Tutup api dan sejukkan.⁣

Bahan Kuih Talam:⁣

  • 1 cawan tepung gandum⁣
  • 1 sudu besar tepung beras⁣
  • 1 cawan susu cair⁣
  • 1 cawan air⁣
  • 1/2 sudu kecil garam⁣
  • 1/2 sudu kecil gula⁣
  • 2 biji telur⁣
  • inti daging⁣
  • sebiji lada merah (buang biji dan dadu kecil) dan hirisan daun bawang untuk hiasan⁣

Cara Buat Kuih Talam:

1. Satukan tepung gandum, tepung beras, susu cair, air, garam, gula dan telur kedalam bekas. Kacau rata. Masukkan dalam blender dan kisar hingga halus.⁣

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kuih Cara Berlauk Daging

2. Panaskan oven suhu 190C.⁣ Tuang adunan tepung dalam acuan cupcake silicone. Jika tiada, boleh guna acuan biasa yang di gris dengan minyak.⁣

3. Tuang adunan tepung 3/4 penuh. Letak inti daging.⁣ Bakar suhu yang sama selama 25 minit. Keluarkan, boleh tambah inti diatas dan tabur lada merah dan daun bawang. Siap.⁣

Resepi Kuih Talam Berlauk Daging

Resepi Oleh: Dapurfaafeefoo