Kuih Muih

Resepi Karipap Daun Sup

resepi-karipap-daun-sup

Resepi Karipap Daun Sup

Bahan-Bahan:

Tepung gandum 3 cawan
Garam 1 sudu teh
Daun sup cincang 1 senduk
Majerin 2 sudu besar
Minyak masak 2 sudu besar
Air secukupnya

Inti Kentang –

7 biji kentang – direbus sebiji-sebiji
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
Sedikit halia
2 tangkai daun kari
4 sekawan (pelaga, cengkih, bunga lawang, kayu manis)
2 s.b rempah kari
1 biji kiub pati daging (optional)
Garam secukup rasa.
Air 1/2 cawan.

Cara Membuat:

1. Kulit Karipap; Panaskan majerin dan minyak, tunggu suam.

2. Gaul semua tepung, garam, daun sup, majerin. Ramas-ramas bagi berderai, pastu masuk air sikit-sikit, uli sampai jadi doh.

3. Perap sekejap dalam tupperware bertutup selama 10 minit, baru start buat karipap.

4. Buat Inti Ketntang; Rebus kentang hingga empuk, toskan, dan tumbuk/potong kasar. Ketepikan.

5. Tumis 4 sekawan dan bawang-bawang dan halia. Masukkan rempah kari dan air, tunggu hingga pecah minyak sikit (5 minit, api slow.

6. Masuk garam dan kiub pati. Bila rempah dah masak, tutup api, kutip/buangkan 4 sekawan (sebab tak nak tergigit).

7. Masukkan kentang yang ditumbuk kasar, gaul rata bersama rempah. Akhir sekali taburkan daun sup yang telah dicincang.

8. Bolehlah masukkan inti dalam kulit karipap tadi, kemudian goreng sehingga masak. Hidangkan.

Resepi Oleh: Tie Watiezz – MAHN