Puding Karamel Pandan Lembut Elok Tanpa Telur

Puding Karamel Pandan Lembut Elok Tanpa Telur

Si hijau tumpang lalu weekend ni. Puding Karamel Pandan lembut gedik-gedik gitew. Tak muak, manisnya just nice je, laju dan segar masuk tekak bila makan sejuk-sejuk.

Bahan-Bahan Karamel:

  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air panas

Bahan-Bahan Puding:

  • 1 tin susu cair
  • 2 cawan air
  • 2 cawan air daun pandan – blend 5 helai daun pandan + air & tapis
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu besar serbuk agar-agar
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 1 sudu teh emulco pandan (kalau tak ada boleh skip)
  • Pewarna hijau epal

Cara Membuatnya:

1. Untuk buat karamel; Cairkan gula di atas api kecil hingga perang. Campur air, kacau hingga sebati hingga gula cair semula. Tuang ke dalam acuan sebanyak satu sudu besar. Ketepikan dulu.

2. Untuk buat puding; Satukan semua bahan-bahan di dalam kuali. Kacau sebati dulu, baru buka api. Kacau sentiasa hingga bahan mendidih.

3. Tuang adunan ke atas karamel hingga penuh. Satu adunan dapat 17 biji puding. Sejukkan di dalam peti ais selama 3-4 jam atau semalaman/set. Terbalikkan ke atas pinggan. Nikmati sejuk-sejuk.

Guna Acuan Puding Macam Ni Baru Nampak Cantik >> KLIK DI SINI

Puding Karamel Pandan Lembut Elok Tanpa Telur

Resepi Oleh: Nor Al Fatihah T-hah