Kuih Muih

Kuih Lapis Vanilla Ros Dan Coklat Pandan

kuih-lapis-vanilla-ros-dan-coklat-pandan

Kuih Lapis Vanilla Ros Dan Coklat Pandan

Rasa nak makan kuih lapis yang pelbagai rasa. Nak jumpa orang yang menjualnya agak sukar. Jadi, buat sendirilah ye.

Kuih Lapis Vanila-Ros

Bahan-Bahan (Loyang 6×6 inci):

  • 110g tepung beras
  • 100g tepung gandum
  • 1 sdb tepung ubi
  • 200g santan pekat
  • 500ml air
  • 100g gula pasir
  • Sehelai daun pandan (simpul)
  • 1/4 sdt garam
  • 1/4 sdt pewarna merah
  • 1/2 sdt pes vanila
  • 1/2 sdt perisa ros

Cara Penyediaan:

1. Campurkan tepung gandum, tepung ubi, gula, garam, air dan santan. Kacau rata. Tapis ke dalam periuk. Masukkan daun pandan dan panaskan campuran sehingga naik wap dan sedikit pekat.

2. Bahagikan kepada 2 bahagian. Masukkan 1 bahagian dengan pes vanila. 1 bahagian lagi dengan perisa ros dan pewarna merah. Masukkan 1/2 cawan metrik bahan campuran secara berselang-seli ke dalam loyang.

3. Kukus selama 5 minit untuk setiap lapisan. Lapisan terakhir, kukus selama 15-20 minit. Sejukkan sebelum dipotong.

Kuih Lapis Coklat-Pandan

Bahan-Bahan (Loyang 6×6 inci):

  • 110g tepung beras
  • 100g tepung gandum
  • 1 sdb tepung ubi
  • 200g santan pekat
  • 250ml air
  • 250ml air + 30 helai (30g) daun pandan (kisar & tapis)
  • 120g gula pasir
  • 1/4 sdt garam
  • 1 1/2 sdb serbuk koko
Cuba Resepi Ni:  Resepi Kuih Loyang Santan

Cara Penyediaan:

1. Campurkan tepung gandum, tepung ubi, gula, garam. Bahagikan kepada 2 bahagian. Masukkan 1 bahagian dengan 100g santan, air dan serbuk koko. 1 bahagian lagi dengan lagi 100g santan dan air tapisan pandan. Kacau rata.

2. Tapis ke dalam periuk. Panaskan campuran sehingga naik wap dan sedikit pekat. Buat satu per satu. Masukkan 1/2 cawan metrik bahan campuran secara berselang-seli ke dalam loyang.

3. Kukus selama 5 minit untuk setiap lapisan. Lapisan terakhir, kukus selama 15-20 minit. Sejukkan sebelum dipotong.

Nota: Sekiranya menggunakan pes pandan & tidak menggunakan air tapisan pandan, boleh ikuti langkah seperti kuih lapis vanila-ros.

Kuih Lapis Vanilla Ros Dan Coklat Pandan

Resepi Oleh: Noor Ashikin Saerah