Masakan Barat

Resepi Mushroom Cheese Soup Dengan Lamb Smoke Grill

resepi-mushroom-cheese-soup-dengan-lamb-smoke-grill

Resepi Mushroom Cheese Soup Dengan Lamb Smoke Grill

Sambil menunggu baju di dobi, Ben bagi resepi mushroom cheese soup dengan lamb smoke grill yang sangat sedap ni. Puas hati makannya. Kesedapan dia boleh buatkan akak tersenyum bangga.

Bahan-Bahan Mushroom Cheese Soup: Boleh makan 5-6 orang

  • Cendawan pilihan
  • 1/2 biji bawang holland
  • 2 ulas bawang putih
  • 500 ml chicken stok
  • 3 keping cheddar cheese
  • 1 tin chicken mushroom Campbell
  • 1 sudu teh mixer herb
  • 1/2 sudu teh lemon pepper powder
  • 1/2 sudu teh Know pasti sedap
  • 25 gram butter
  • 1 sudu makan minyak

Cara Memasak:

1. Letak 1 sudu makan minyak dan tumis 1/2 biji bawang holland dengan 2 ulas bawang putih. Ben tak suka saute sebab tak gemar rasa bawang. So Ben tumis sampai betul-betul masak bawang holland.

2. Lepas tu masukkan cendawan pilihan bersama 25 gram butter. Potong nipis ke dadu ikut pilihan akak. Masak sampai dia perang sikit. Baru Ben tambah masuk 500 ml chicken stok yang Ben buat haritu. Tambah air pun boleh dengan tambah chicken cube.

3. Seterusnya, Ben masukkan 3 keping cheddar cheese bersama 1 tin chicken mushroom Campbell. Api sederhana je. Tambah juga mixer herb 1 sudu teh, lemon pepper powder 1/2 sudu teh, dan Know pasti sedap 1/2 sudu teh.

4. Masak hingga cendawan betul-betul nice untuk dimakan serta kepekatan yang sesuai, dah siap.

Resepi Mushroom Cheese Soup Dengan Lamb Smoke Grill

Bahan-Bahan Lamb Smoke Grill:

  • 700 gram lamb – Potong kecil
  • 1 sudu teh mixed herbs
  • 2 sudu makan sos blackpepper
  • 2 sudu makan madu
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu teh cajun herbs
  • 1/2 sudu teh garam

Cara Memasak:

Masak ni kena api besar. Api dapur pun boleh tapi Ben suka guna api gas yang macam kat kedai. Api tajam laju.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Espresso Marble Cheese Brownies

1. Potong kecil lamb dan toskan. Ben masukkan dalam non stick pan, api besar dan mula masak 2 minit bagi mulai garing di luar. Keluarkan air lamb dan tutup api.

2. Masukkan 1 sudu teh mixed herbs, 2 sudu makan sos blackpepper pilihan, 2 sudu makan madu, 1 sudu makan kicap manis, 1 sudu teh cajun herbs, dan 1/2 sudu teh garam. Campur dalam non stick pan dan gaul sebati.

3. Seterusnya, baru buka api besar dan masak lagi 2-3 minit sehingga lamb mula kering dan berasap. Tutup api dan siap untuk dihidangkan ya. Lamb sedap bau asap dan masih lembut. Selamat mencuba.

Resepi Mushroom Cheese Soup Dengan Lamb Smoke Grill

Cara Buat Bahan Sampingan:

1. Yang caramelized onion tu senang je cuma masa dia lambat. Tumis bawang holland dengan sedikit minyak dan guna api kecil sentiasa kacau hingga bawang keluar gula dia sendiri. 40 minit juga.

2. Mashed potato Ben beli je emping flakes dia. Didihkan air, masukkan emping flakes dia. Kacau-kacau dan Ben tambah lemon pepper powder sikit serta garam sikit. Siap.

3. Coselow tu guna mayonis, perahan lemon, sedikit garam bersama kubis ungu, carrot, dan timun.

Resepi Mushroom Cheese Soup Dengan Lamb Smoke Grill

Resepi Oleh: Ben Safwan