Resepi Daging Black Pepper Confirm Sedap

Resepi Daging Black Pepper Confirm Sedap

Saya halalkan resepi ni, saya pun cuba resepi orang. Silakan share.

Bahan-Bahan Untuk Perapan:

  • 1/2 kilo daging
  • 5 ulas bawang putih – tumbuk halus
  • 4 biji bawang merah – tumbuk halus
  • 2 inci halia – tumbuk halus
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis
  • sedikit serbuk lada hitam

Bahan-Bahan Lain:

  • 2 sudu kecil serbuk black pepper
  • Kicap secukupnya
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Sedikit air
  • 2 biji ubi kentang, digoreng
  • sedikit capsicum hijau
  • 2 biji cili merah

Cara Memasak:

1. Hiris nipis daging ikut arah lawan urat supaya tak liat. Hiris kasar bawang putih, bawang merah, dan halia. Tumbuk halus semua bahan dan gaulkan bersama hirisan daging. Daging tu saya masuk pressure cooker je, risau liat.

2. Masukkan 2 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar kicap manis dan sedikit serbuk black pepper dalam anggaran 1/2 sudu kecil. Perap selama minimum 1/2 jam. Lagi lama lagi sedap. Ambil sedikit cili padi, anggaran 4-5 biji, buang tangkai dan belah tengahnya.

3. Kupas 2 biji ubi kentang. Hiris dalam bentuk wedges dan gaul kentang dengan sedikit garam. Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan di luar dan lembut di dalam. Angkat dan ketepikan.

4. Dalam minyak yang sama, masukkan daging yang di perap tadi. Api kecil aje. Kacau perlahan sehingga daging kering dan terpisah dengan minyak. Tambah sedikit lagi lada hitam supaya nak bagi wangi dan lebih rasa lada hitamnya.

5. Tuang sedikit lagi kicap. Tambah sedikit air dan renehkan daging. Kalau kuah dah kering, tapi daging masih lagi liat, tambah sedikit lagi air dan teruskan reneh sampai daging jadi lembut.

6. Bila daging dah lembut, bancuh tepung jagung dan air. Tuang bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Kacau-kacau sikit kuah supaya sekata. Masukkan kentang yang dah digoreng tadi. Masukkan capsicum merah dan hijau. Masukkan pula cili api. Kacau sebati sehingga capsicum lembut sedikit, tapi masih lagi crunchy.

7. Kemudian akhir sekali masukkan hirisan bawang besar. Tabur dengan hirisan daun bawang. Siap.

Resepi Daging Black Pepper Confirm Sedap

Resepi Oleh: Nadia Yusof