Biskut, Kuih Raya

Kuih Bangkit Sagu Rasa Lemak-Lemak Santan

kuih-bangkit-sagu-rasa-lemak-lemak-santan

Kuih Bangkit Sagu Rasa Lemak-Lemak Santan

Gigih buat kuih raya kegemaran mak. Kuih raya orang dulu memang unik dan tradisional sangat tak jemu dan selalu ada pada hari raya untuk tetamu yang datang ke rumah juga. Tahun ni beraya meriah boleh balik kampung.

Rasanya yang sangat sedap lemak-lemak santan, cair di mulut tau bila dimakan, wangi aroma santan tu menambahkan lagi rasa tak sabar-sabar nak curi masuk mulut, berulang makan tak sedar boleh habis sebalang.

Bahan-Bahan:

  • 300gm tepung sagu
  • 1 helai daun pandan – disimpul
  • 1 biji telur
  • 75gm gula aising/kastor
  • 1/4 sudu teh garam halus
  • 100ml Santan Kotak U.H.T Ayam Brand

Cara Membuat:

1. Di dalam kuali sangai dahulu tepung sagu bersama dengan daun pandan. Kemudian ayak dan sejukkan. Satukan gula dan telur putar hingga putih. Masukkan setengah dahulu santan dan pukul.

2. Seterusnnya, letak garam halus dan sebahagian tepung sagu dikacau sebati. Kemudian masukkan setengah lagi santan yang berbaki dan kacau sebati.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kuih Kapit

3. Masukkan sebahagian lagi tepung sagu dan diadun menjadi adunan berderai dan boleh dikepal. Guna acuan putu kacang, tabur sedikit tepung pada acuan letak adunan dan tekankan sedikit. Ratakan permukaan dengan pisau.

4. Susun di dalam loyang bakar pada suhu 160 darjah selama 25 minit atau hingga masak bergantung ketuhar masing-masing. Apabila sejuk boleh disimpan di dalam balang.

Kuih Bangkit Sagu Rasa Lemak-Lemak Santan

Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish