Kek Span Tembikai Moist Nampak Cantik Sangat
Habis kite sumpah jadi tembikai, Kek Span Tembikai. Moist, lembut dan terlajak gebus, tak smpai sehari abis licin.
Bahan Meringue:
- 6 biji putih telur gred A
- 1/2 cawan gula kastor
- 1 sudu teh cream of tartar (kalau takde boleh skip, boleh jugak diganti dengan 1 sudu besar jus lemon)
Bahan Kek:
- 6 biji kuning telur gred A
- 1/2 cawan santan pekat
- 1/2 cawan minyak masak
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 cawan tepung naik sendiri (tepung kek)
- Pewarna merah, hijau & putih (saya guna pewarna gel)
- Coklat chips atau kismis sebagai biji tembikai
Cara Membuat:
1. Meringue; Pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian, masukkan cream of tartar. Pukul sebati. Masukkan gula sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali sambil pukul hingga kental dan bertanduk (stiff peak). Ketepikan dulu.
2. Untuk buat kek; Satukan kuning telur, santan, minyak dan esen vanila. Pukul hingga kembang selama 5 minit. Kemudian, masukkan tepung dan pukul hingga sebati saja dalam 30 saat.
3. Campur meringue tadi sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali sambil kaup balikkan dari bawah ke atas perlahan-lahan dan sebatikan. Bahagikan kepada 3 bahagian dan campur pewarna. Masukkan ke dalam piping bag.
4. Alas loyang saiz 9 inci dengan baking paper di bahagian bawah dan tepinya. Picit adunan hijau di sekeliling loyang sebagai kulit luar tembikai. Picit pula adunan putih di bahagian dalam sebagai kulit dalam tembikai. Akhir sekali picit adunan merah di tengah-tengahnya sebagai isi tembikai. Ulang langkah yang sama hingga penuh loyang.
5. Setelah siap picit, hentak-hentakkan loyang kek untuk buang gelembung udara. Masukkan ke dalam loyang yang lebih besar dan tuang air panas ke dalamnya sebanyak 1/4 daripada loyang.
6. Bakar dengan cara water bath pada suhu 150°c selama 1 jam atau bila dicucuk dengan lidi ia keluar bersih, bermakna kek sudah masak.
7. Bila kek sudah masak, terus keluarkan dari oven dan telengkupkan ke atas board atau pinggan. Angkat loyang dan buka baking paper.
8. Hiaskan kek dengan coklat rice atau kismis sebagai biji tembikai. Sedap dimakan sejuk-sejuk dari peti ais. Siap dan selamat mencuba.
Resepi Oleh: Nor Al Fatihah