Kek

Resepi Kek Lapis Tembikai Simple

resepi-kek-lapis-tembikai-simple

Resepi Kek Lapis Tembikai Simple

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan tepung gandum (Saya guna tepung hongkong)
  • 1 buku butter (250g)
  • 1sdb ovalette
  • 1/2 cawan horlick
  • 1/2 cawan nestum kisar
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1/4 cawan susu pekat
  • 1/4 cawan serikaya
  • 4 biji telur (gred A)
  • 1sk esen vanila
  • Pewarna/perisa – hijau pandan, merah dan kuning
  • Segenggam kismis hitam – belah dua (nak guna chocolate chip pun bleh)

Cara-cara:

1. Pukul butter, gula dan ovalette hingga kembang dan halus. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang.

2. Masukkan esen vanila, susu pekat dan serikaya. Pukul lagi sebati.

3. Ayak tepung, horlick dan juga nestum. Kemudian masukkan ke dalam adunan sedikit demi sedikit dan pukul sebati dengan speed paling perlahan.

4. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dengan nisbah 3:1:2 (merah:kuning:hijau). Warnakan, Masukkan kismis hitam separuh ke dalam adunan merah dan separuh lagi untuk tabur.

5. Panaskan kukusan. Oles loyang dengan butter. Tuang dan ratakan adunan berwarna hijau. Kukus selama 15 minit atau sehingga masak. Pastikan loyang ditutup dengan aluminium foil supaya air kukusan tidak menitis atas kek.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Souffle Cheesecake Hanya Menggunakan 3 Bahan

6. Kemudian masukkan adunan berwarna kuning dan ratakan. Kukus lagi selama 15 minit.

7. Akhir sekali tuang adunan berwarna merah dan taburkan baki kismis hitam. Kukus lagi selama setengah jam atau hingga masak. Sejukkan dahulu kemudian baru potong.

Resepi Kek Lapis Tembikai Simple

Resepi Oleh: Azizah Mansor