
Resepi Biskut Chocolate Rice
Bahan-Bahan:
500gm marjerin
500gm gula ising
100gm serbuk koko
900gm tepung gandum
4 biji kuning telur
1 sudu makan butter oil
500gm coklat masak
500gm coklat rice
Cara Membuat:
1. Pukul marjerin dan gula ising sehingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan kacau perlahan-lahan.
3. Masukkan butter oil dan serbuk koko yang telah diayak. Gaul perlahan-lahan sehingga sebati.
4. Masukkan tepung, gaul lagi sehingga sebati dan menjadi doh.
5. Kemudian canaikan doh dan teraplah mengikut acuan yang anda sukai.
6. Bakar selama 15 minit dengan kepanasan 180F atau sehingga masak.
7. Biskut yang telah masak dan disejukkan dicurah dengan coklat dan ditabur dengan hiasan coklat rice.