Kuih Muih

Cara Buat Donut Kampung Gebu Gebas

cara-buat-donut-kampung-gebu-gebas

Cara Buat Donut Kampung Gebu Gebas

Ni saya buat untuk anak dara paling kecik. Ngamok nak donat, sib baik perkakaih ada.

Bahan-Bahan:

1 paket yis kering 11g (saya guna brand Saf- Instant) Mauripan pun boleh
1 cawan air suam kuku (jangan air panas pulak yer, agak-agak suam jer)
2 sudu besar gula pasir

+ Satukan bahan di atas, kacau dan biarkan berbuih 5 minit. Sambil-sambil tu sediakan,

  • 2 1/2 sudu besar marjerin (saya guna butter sebab tu jer yang ada)
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar susu pekat manis

+ Satukan semua bahan 3 ini dalam besen dan kacau sebati. Kemudian, masukkan pula,

  • 4 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu teh double action baking powder

+ Gaul bahan hingga jadi seperti serbuk roti.

Cara Buat:

1. Masukkan bancuhan yis tadi ke dalam tepung, gaul sebati dan uli bagi sebati jer. Kalau tak cukup air tambah sikit-sikit yer.

2. Peram doh selama 10-15 minit, tutup permukaan besen tu guna tudung periuk. Saya kalo buat donat atau roti waktu siang hari saya suka simpan atau perap doh dalam kereta. Sebab dalam kereta suhu panas terperangkap jadi doh cepat menggembang.

3. Pastu, tumbuk-tumbukkan doh untuk kuarkan angin, uli dan bulat-bulatkkan doh. Setiap doh beratnya 40g, susun dalam talam yang telah ditabur sedikit tepung. Pastikan tak terlalu rapat yer, guna penutup botol tekan atas doh untuk buat lubang donat. Peram lagi hingga naik lebih kurang 20-25 minit.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kuih Lapis Pandan Coklat

4. Bolehlah digoreng, pastikan api sederhana perlahan (dah garing sebelah baru terbalikkan). Jika nak frozenkan, boleh goreng separuh masak dan biarkan sejuk. Masukkan dalam plastik dan bekukan.

5. Untuk donat coklat, guna milk compound chocholate Beryl’s. Potong dadu coklat, masukkan dalam doh dan bulat-bulatkan, peram dan goreng. Dah siap bolehlah salut dengan gula kastor atau guna snow powder.

Cara Buat Donut Kampung Gebu Gebas

Resepi Oleh: Mariana Zainal