Kuih Muih

Apam Pisang Kukus Untuk Minum Petang

apam-pisang-kukus-untuk-minum-petang

Apam Pisang Kukus Untuk Minum Petang

Dah siap apam pisang untuk minum petang hari ni. Pesanan encik suami kalau post makanan kenalah bagi resepinya supaya orang yang tengok boleh mencuba jugak. So akak share resepinya walaupun dah banyak resepi apam pisang dalam group ini. Moga bermanfaat.

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh baking soda
  • Secubit garam

+ Semua disatukan dan diayak

  • 2 bj telur
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan minyak
  • 1 sudu teh esen pisang

+ Semua disatukan dan diblender hingga halus

  • 3 bj pisang berangan yang sudah betul-betul masak – Dilenyekkan

Cara Membuat:

1. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain. Guna api sederhana. Oles acuan dengan minyak.

2. Masukkan bahan-bahan blender ke dalam campuran tepung. Kacau rata. Masukkan pisang lenyek, gaul sebati.

3. Tuang adunan ke dalam acuan (3/4 tinggi acuan). Boleh hias dengan pisang yang dipotong nipis di atasnya. Saya tekap potongan pisang dengan acuan bentuk bunga. Kukus selama 20 minit.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kuih Vadai

Nota: Akak guna 12 acuan kuih lompang dan 6 acuan kuih putri ayu.

Apam Pisang Kukus Untuk Minum Petang

Resepi Oleh: Eka Zahra