Sarapan

Resepi Sedap Nasi Lemak Halba Pandan

resepi-sedap-nasi-lemak-halba-pandan

Resepi Sedap Nasi Lemak Halba Pandan

Masak nasi lemak halba pandan sambil ditemani jeritan budak-budak bermain. Macam biasa, my nephew dua orang tu akan makan segala benda yang saya masak bila balik Seri Manjung. Malam tadi, diorang layan je makan baki-baki rendang ayam & bubur jagung. Esok, tak pasti lagi nak masakkan apa untuk diorang. Tak pernah tolak & kata tak sedap. Selalunya, ‘Acik Shikin masak sedap’. Alhamdulillah. Berbaloi rasanya setiap kali memasak.

Bahan-Bahan Nasi Lemak (6-8 orang):

  • 3 cawan beras
  • 3 biji bawang kecil*
  • 1 1/2 inci halia*
  • 2 batang serai (ketuk)
  • 1 1/2 sdt halba
  • 1/4 sdt garam halus
  • 1 1/2 cawan santan
  • 3 cawan jus pandan (dari 9-10 helai daun pandan)
  • 1 sdb minyak masak

Bahan Sambal Tumis:

  • 4 biji bawang kecil*
  • 2 biji bawang besar*
  • 6 ulas bawang putih*
  • 20 tangkai cili kering (buang biji)*
  • 3 sdb ikan bilis*
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam & gula pasir secukupnya
  • 1-2 biji bawang besar (hiris)

Bahan Ayam Goreng Berempah:

  • 1 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • 2 batang serai*
  • 1 sdb ketumbar**
  • 1 sdb jintan manis**
  • 1 kg (6-7 ketul) ayam
  • 1 sdb serbuk kari ayam
  • 1 sdb serbuk kunyit
  • 1 sdb serbuk cili
  • 1-2 sdb tepung jagung/ tepung beras
  • Daun kari
  • Garam secukupnya

Bahan Sampingan:

  • Telur rebus
  • Timun
  • Ikan bilis goreng
  • Kacang tanah goreng

Cara Penyediaan:

1. Nasi Lemak; Hiris halus bahan bertanda (*). Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk nasi. Tanak nasi seperti biasa sehingga masak.

2. Sambal Tumis; Kisar bahan bertanda (*). Panaskan minyak secukupnya. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Ulang 2-3 kali supaya sambal kelihatan lebih cantik dan tahan lama.

Resepi Sedap Nasi Lemak Halba Pandan

3. Masukkan sedikit air asam jawa dan perasakan dengan garam serta gula secukupnya. Masukkan pula hirisan bawang besar. Biarkan seketika sehingga bawang layu.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Baked Breakfast Omelette

4. Ayam Goreng Berempah; Kisar bahan bertanda (). Sangai dan tumbuk halus bahan bertanda (*). Satukan kesemua bahan ke dalam mangkuk. Lumur rata pada ayam.

5. Perapkan selama 1/2 jam atau lebih. Panaskan minyak masak dan masukkan ayam dan rempah. Goreng sehingga ayam masak dan rempah garing. Toskan minyak berlebihan.

Resepi Sedap Nasi Lemak Halba Pandan

6. Bahan Sampingan; Sediakan telur rebus, hirisan timun, ikan bilis goreng dan kacang tanah goreng sebagai pelengkap set nasi lemak.

Resepi Sedap Nasi Lemak Halba Pandan

Nota: Jika suka, boleh tumis dahulu bahan-bahan untuk membuat nasi lemak.

Resepi Sedap Nasi Lemak Halba Pandan

Resepi Oleh: Noor Ashikin Saerah