Kek

Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan Sedap dan Sangat Moist

kek-pisang-coklat-kluster-kayangan-sedap-dan-sangat-moist

Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan Sedap dan Sangat Moist

Ok memandang Kek Pishang Cekelat Cluster Kayangan ni sedap sangat dan moist giler, abe nak share resepi ni kat sini. Resepi dan cara dia sangat mudah yang amat. Chapchusss siap!! Takyah mixer semua. Godak pakai senduk pun takda hal. Mesti jadi. So lets start.

Bahan-Bahan:

  • 4 biji pisang yang dah terlebih masak dan lebam. Tapi abe punya tak cukup ripped. Tapi lantakkan. Haha.
  • 120 gram gula perang. Sukatan ni dah just nice.
  • 115 gram butter (cairkan)
  • 120 gram buttermilk (caranya amik 1/2 cup susu fresh + 1/2 sudu makan cuka) biarkan.
  • Vanilla essence sikit

Bahan Kering:

  • 160 gram tepung gandum
  • 25 gram serbuk koko
  • 1 tsp baking powder
  • 1/2 tsp baking soda
  • 1/2 tsp garam
  • 80 gram belgian callebout choc
  • 30 gram walnut (lebih pun xpe)

Sedikit Belgian choc dan walnut untuk topping.

Cara Membuat:

1. Mula-mula cairkan butter, secair kau melihat diriku. Kahkahkah. Lepas tu kau hempuk pisang sampai lumat. Mudah je.. Abe bayangkan ex abe yang tinggalkan abe sebab abe takda kete honda. Haha. Maka lumat la pishang tu.

2. Masukkan gula perang dan melted butter yang kau dah cairkan awal-awal tadi. Sebelum kau tanya, abe jawab siap-siap, ye guna minyak masak pun boleh. Masukkan bancuhan buttermilk yang kau dah siapkan.

3. Masukkan bahan kering, sekering hati abe tolak ajakan kau untuk kapel balik. Pergilah kau dekat abg honda kau tu!. Masukkan coklat belgian callebout dan walnut. Godakkan semua sampai sebati.

4. Jangan ditanya nak letak kacang almond boleh ke bang? Kacang pecan boleh ke bang? Kacang tanah boleh? Letak la dik kacang apapun. Duit kau.. Haha. Jangan letak kacang panjang sudah.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Gulung Chiffon Dengan Filling Buttercream

5. Masukkan dalam loyang. Gune je loyang apapun yang ada kat rumah tu takda hal. Lapik dengan kertas baking/minyak dan jangan lupa oles loyang dengan minyak/butter/shortening. Nak elakkan kek melekat.

6. Atas tu kau tabur la lagi belgian callebout choc dan walnut. Barulah cluster kayangan kek kau…mewah!. Bakar pada suhu 150 ke 160c dalam 40 ke 45 minit. Ikutlah keadaan oven masing-masing. Oven kita tak sama kan.

Tips:

  • Salut choc belgian dan walnut tu ngan tepung sikit supaya dia tak tenggelam ke dasar masa bakar nati. Kang tetibe kau habis bakar, kau tengok coklat dan walnut tu hilang, mula la kau nak cakap ada orang santau kau. Hahahha. Padahal dah ke jatuh ke dasar dah ha..

Ok guys semoga berjaya.

Ni la hasil keratan rentas kek cluster kayangan kau tu nati. Moist, sedap giler, mewah, chocolatey. Memang kalau makan boleh terpelanting kesedapan. Haha.

Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan Sedap dan Sangat Moist

Resepi Oleh: Rushdi Lazim