Kek

Resepi Kek Butter Walnut

resepi-kek-butter-walnut

Resepi Kek Butter Walnut

Bahan-Bahan:

Bahan A –

6 biji telur, sejuk
40ml air sejuk
1/2 sb ovalette
200g gula kastor
250g superfine flour
1 sk baking powder

Bahan B –

250g butter
1 sk esen vanila

Bahan C –

100g walnut, dicincang kasar
150g chocolate rice

Cara Membuat:

1. Sediakan loyang bersaiz 10′ (saya guna 9′). Griskan dengan butter & alaskan dengan baking paper. Ketepikan.

2. Satukan bahan A dalam mangkuk pengadun. Pukul pada kelajuan tinggi selama 5 minit hingga kembang & pekat. Ketepikan.

3. Dalam mangkuk yang lain, pukul pula bahan B hingga lembut & berkrim. Satukan dengan bahan A yang dipukul tadi. Kaup balikkan guna spatula hingga sebati.

4. Masukkan pula walnut yang dicincang kasar & 100g chocolate rice. Gaul rata.

5. Tuang adunan kek dalam loyang yang disediakan. Tabur lebihan chocolate rice tadi.

6. Bakar selama 40 Р45 minit atau hingga kek masak pada suhu 160 C.  Sejukkan atas wire rack.

Kek Butter Walnut