Cheescake Sandwich Mudah Guna Biskut Cream Crackers

Cheescake Sandwich Mudah Guna Biskut Cream Crackers

Buat resepi dari fb, kek cheese tanpa bakar tanpa kukus. Tinggal ni saja, yang lain dah habis kat anak, suka pulak dia dapat makan cheese.

Bahan-Bahan:

  • 250gm cream cheese
  • 1 cawan whipping cream
  • 1/2 cawan gula halus (saya kurangkan)
  • 2 sk jus lemon
  • 1/2 sk esen vanilla
  • 3 sk gelatin halal
  • 1/3 cawan air panas
  • Chocolate rice/ chocolate chip/ biskut Oreo
  • 1 paket kecil biskut cream crackers
  • Gula aising (optional)

Cara Membuat:

1. Larutkan gelatin dengan air panas. Biarkan sedikit sejuk.

2. Putar cream cheese, whipping cream dan gula sehingga kembang. Masukkan jus lemon, esen vanilla dan larutan gelatin kemudian putar lagi sehingga sebati.

3. Masukkan pula chocolate rice, chocolate chip atau biskut Oreo yang telah dihancurkan dan gaul sekata.

4. Susun biskut cream crackers dalam loyang atau bekas sehingga penuh. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Susun lagi biskut diatas cheese. Simpan ke dalam peti ais selama 2-3 jam.

5. Potong sandwich mengikut bentuk biskut cream crackers (segiempat) dan taburkan gula aising. Sandwish sedia untuk dinikmati. Siap!!!

Guna Loyang Macam Ni Baru Senang Nak Keluarkan Kek >> https://shope.ee/2pyORBm5wH

Cheescake Sandwich Mudah Guna Biskut Cream Crackers

Resepi Oleh: Norfazida Gda