Kek

Kek Pandan Gula Melaka Dengan Swiss Meringue Buttercream

kek-pandan-gula-melaka-dengan-swiss-meringue-buttercream

Kek Pandan Gula Melaka Dengan Swiss Meringue Buttercream

Seriously, first time abam frosting cake, alhamdulillah jadi. Kek pandan ni memang wangi (semerbak bau dia smpai satu rumah) dengan syarat pakai daun pandan yang ori. Drizzlekan dengan sos gula melaka dan swiss meringue buttercream. Perghhh memang padu dia punya rasa!.

Abam sharekan juga tips penting especially masa buat swiss meringue tu (daripada pengalaman abam yang tak seberapa ni la, abam pun baru first time buat), dia punya cemas la bila tak dapat buttercream yang smooth. Tapi finally berjaya diselamatkan!.

Bahan Kek Pandan:

  • 300g self raising flour – ayak & ketepikan
  • 8-10 helai daun pandan
  • 1 cwn air

Blendkan daun pandan sehingga halus, tapis dan ambil airnya, ketepikan (abam tapis 2 kali sebab nak make sure takde habuk ya)

Sukat 100ml air pandan tadi untuk guna dalam kek nanti (abam sukat pakai jug metrik tu jer)

  • 75g santan kotak (abam pakai brand kara)
  • 100ml jus pandan
  • 1sk pandan emulco (yang ni untuk enhance rasa pandan asli tadi)
  • Sedikit pewarna hijau

Kacau semua bahan-bahan di atas sehingga sebati dan ketepikan

  • 250g unsalted butter (abam pakai brand lurpark yang dah siap-siap 250g, senang kerja☺)
  • 160g gula kastor
  • 4 biji telur (gred A)
  • 1 sk esen vanilla

Cara Membuat:

1. Pukul butter dengan gula kastor sehingga kembang (warna kuning pucat). Masukkan telur satu persatu, esen vanilla, masukkan tepung, selang selikan dengan larutan pandan sehingga habis.

2. Tuang dalam loyang yang telah dilapik dengan baking paper. Abam pakai loyang 7 inci (sebab nak dapatkan kek yang tinggi).

3. Panaskan oven terlebih dahulu (15-20 minit, abam buat sebelum prepare bahan-bahan baking). Bakar pada suhu 170 degree celcius, api atas bawah selama 40-45 minit atau sehingga kek masak, bergantung pada oven masing-masing ya.

4. Dah siap bakar, sejukkan kek terlebih dahulu sebelum frosting.

Bahan Sos Gula Melaka:

  • 1/4 cwn air
  • 100g gula melaka (yang ni abam pakai gula melaka ori, baru sedap rasa dia, abam beli yang bulat-bulat comey tu)
  • Daun pandan (siat-siat & simpulkan)
  • 1/4 cwn santan kotak
  • 1/2 sb tepung jagung (bancuh dengan 2 sb air)
  • 1/4 sk garam
Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Oren Gebu

Cara Membuatnya: Masak gula melaka dengan daun pandan sehingga larut. Masukkan santan kotak, tepung jagung, dan garam. Siap dan sejukkan.

Bahan Swiss Meringue Buttercream:

  • 4 biji putih telur (gred A)
  • 120g gula kastor
  • 370g unsalted butter (abam pakai brand lurpark)
  • 3 sb sos gula melaka
  • Esen vanilla secukupnya

Cara Membuatnya:

1. Panaskan air dalam periuk. Dengan menggunakan kaedah double boil, kacau putih telur dan gula kastor sehingga larut (air tak perlu mendidih, abam pkai wap air tu jer, sebab ikut method nak suhu sekitar 60 degree ajer). Nak tau gula dah larut ke tak, boleh guna jari jer, kalau dah takde rasa kasar tu, maknanya gula dah betul-betul larut.

2. Masukkan putih telur ke dalam bowl. Dengan menggunakan whisk, pukul putih telur sehingga menjadi meringue (macam biasa, tak boleh ada kuning telur sikit pun masa asingkan putih telur, bekas kena bebas dari air dan minyak atau gris).

3. Masukkan butter sedikit demi sedikit. Make sure masa masukkan butter tu, meringue dah sejuk, kalau tak nanti butter akan cair. Step ni juga kalau uolls tak dapat buttercream yang smooth (berketul-ketul). Jangan panic ya, abam ulang jangan panic okeyy, masukkan adunan tu dalam peti sejuk lebih kurang 15 minit, kemudian uolls whisk la balik, inshaAllah akan dapat buttercream yang smooth.

4. Masukkan esen vanilla dan sos gula melaka, siap. Bila kek dah sejuk, hiaskan dengan swiss meringue buttercream yang dah siap tadi, drizzle dengan sos gula melaka, hias ikut citarasa uolls ya.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba guys!.

Kek Pandan Gula Melaka Dengan Swiss Meringue Buttercream

Resepi Oleh: Khairul Hasrol