Ikan, Kari, Makanan Laut

Resepi Masakan Mudah Kari Ikan Tenggiri

resepi-masakan-mudah-kari-ikan-tenggiri

Resepi Masakan Mudah Kari Ikan Tenggiri

Bahan-Bahan:

  • 7 keping isi Ikan tenggiri
  • 3 biji bawang besar⁣
  • 5 ulas bawang putih⁣
  • segenggam lada kering (rendam sampai lembut)⁣
  • 2 inch halia⁣
  • air secukupnya ⁣
  • 1 cawan minyak masak⁣
  • 1 sudu halba campur + biji sawi⁣
  • 4 tangkai daun kari⁣
  • 2 paket serbuk kari ikan adabi
  • garam & gula secukup rasa⁣
  • 1/2 sk asam jawa xtra adabi
  • 8 ke 9 biji terung kecil (belah dua tak putus)⁣
  • 1 biji tomato (belah 8)

Cara Memasak:

1. Cuci ikan hingga bersih, toskan. Kisar 2 biji bawang besar, bawang putih, lada kering dan halia dengan air secukupnya sampai lumat. Sebiji bawang besar lagi dihiris halus.

2. Panaskan minyak, tumis halba, daun kari dan bawang hiris sampai naik bau. Masukkan bahan kisar dan kacau sampai garing.

3. Masukkan rempah kari dengan 1/2 cawan air. Kacau sampai rempah garing dan pecah minyak. Tambah 1/2 cawan air lagi. Kacau lagi sekali sampai garing dan pecah minyak.

4. Tambah air yang banyak ikut citarasa nak kuah pekat mana. Kacau dan perasakan dengan garam, gula serta asam jawa. Kacau lagi dan biar mendidih.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Bubuh Nasi Kari Daging

5. Masukkan ikan dan terung. Kacau perlahan dan biar sampai ikan betul-betul masak. Kacau sekali sekala secara perlahan. Masukkan tomato, kacau sekejap dan tutup api. Siap!⁣

Resepi Masakan Mudah Kari Ikan Tenggiri

Resepi Oleh: Dapurfaafeefoo