Kek Ogura Pandan Gebus Bak Kapas
Bahan-Bahan A:
- 7 biji kuning telur gred A
- 2 biji telur gred A (putih & kuning)
- 1/3 cwn jus pandan – blend air dengan 3 helai daun pandan
- 1/3 cwn minyak masak
- 1/2 cwn santan pekat
- 1 cwn tepung kek (self raising) – di ayak
- pewarna hijau epal
Bahan-Bahan B (Meringue):
- 7 biji putih telur gred A
- 3/4 cwn gula kastor
- 1 sudu teh cream of tartar
Cara Membuat:
1. Untuk bahan A; Pukul telur dengan menggunakan whisk hingga berbuih. Kemudian, campur jus pandan, minyak, santan dan pewarna hijau. Kacau rata.
2. Masukkan tepung dan kacau lagi hingga sebati dan tidak berbintil-bintil. Ketepikan dulu.
3. Untuk buat Meringue; Pukul putih telur hingga berbuih dengan hand mixer dengan medium speed. Kemudian, tambah cream of tartar. Pukul rata.
4. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil di pukul dengan high speed hingga kental dan bertanduk (stiff peak). Bila terbalikkan mangkuk adunan ia tak akan jatuh.
5. Campur meringue ke dalam adunan A tadi secara 3 peringkat sambil dikaup balik perlahan-lahan dengan whisk atau spatula hingga rata.
6. Lapik loyang saiz 10 inci dengan baking paper. Tuang adunan dan tinggalkan sedikit dalam 2-3 sudu besar untuk buat corak di atas kek nanti.
7. Campur sedikit lagi pewarna hijau ke dalam adunan corak. Kemudian, dot-dot kan dengan sudu di atas kek dan tarik dengan pencungkil gigi di tengahnya menjadi corak seperti daun.
8. Hentak-hentakkan loyang 2 hingga 3 kali supaya tiada lubang udara di dalam kek setelah dibakar nanti.
9. Letak loyang kek ke dalam loyang yang lebih besar. Tuang air panas hingga 1/4 dari aras loyang kek tadi (teknik water bath). Bakar pada suhu 150c selama 1 jam dengan api atas bawah.
Resepi Oleh: Nor Al Fatihah