Manisan

Agar-agar Santan Gula Melaka Tak Berair

agar-agar-santan-gula-melaka-tak-berair

Agar-agar Santan Gula Melaka Tak Berair

Rasanya ramai peminat agar-agar kat sini kan?. Dimakan sejuk-sejuk ketika berbuka pose, fuh memang win. Sebenarnya, mudah sangat nak buat agar-agar ni. Yang penting korang kena tahu sukatan cecairnya supaya agar-agar tak berair walaupun di simpan 2-3 hari dalam peti sejuk.

Setelah mencuba macam-macam resepi, then As jumpa resepi yang betul-betul tepat sukatan cecairnya. Di sini As sharekan resepinya.

Bahan-Bahan:

  • 1 paket agar-agar bertali (10gram)
  • 600 ml air
  • 200 ml santan kotak
  • 150 air gula (resepi di bawah)
  • 1 biji telur (dipukul)
  • Daun pandan
  • Secubit garam

Bahan-Bahan Air Gula:

  • 2 buku gula melaka
  • 250 gram gula merah
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 2-3 ketul sederhana gula batu
  • 400ml air
  • Daun pandan

+ Masak semua bahan dengan api sederhana hingga mendidih. Tapis dan sejukkan.

Cara Membuat:

1. Panaskan air hingga mendidih. Masukkan agar-agar. Kacau hingga agar-agar betul-betul larut. Tips; tutup periuk supaya agar-agar cepat larut. Kena pantau juga supaya ia tak membuak.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Agar-Agar Milo Susu

2. Masukkan air gula. Kacau rata. Dalam mangkuk, campurkan santan, telur dan garam. Pukul rata. Tuang adunan dalam periuk tadi sambil kacau tanpa henti.

3. Teruskan kacau hingga mendidih dan hampir membuak. Perlahankan api dan biarkan ia mendidih. Ini untuk memastikan santan ‘pecah’ dan terpisah.

4. Tuang agar-agar dalam acuan. Sejukkan. Mudahkan? Korang boleh pelbagaikan resepi ni. Formula yang korang kena ingat ialah; 1 paket agar-agar (10 gram) = 1000ml cecair.

5. Selamat mencuba. Silakan save dan share. Boleh keep resepi ni sebagai juadah berbuka pose nanti. Doakan rezeki As sekeluarga berlimpahan ya.

Agar-agar Santan Gula Melaka Tak Berair

Resepi Oleh: Asrinna Bakri