Resepi Nasi Goreng Udang Blackpepper
Bahan-Bahan:
- 2 ulas bawang putih (cincang halus)
- 3 cendawan shiitake kering (rendam sampai lembut, hiris)
- 1 mangkuk udang
- sedikit minyak
- 1 biji telur
- 4 sudu Sos Blackpepper
- 2 pinggan nasi
- Kicap Lemak Manis secukup rasa
- 1 sudu Serbuk Nasi Goreng Ayam
- hirisan daun sup & bawang goreng secukupnya
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sampai garing. Masukka cemdawan shiitake. Kacau sampai cendawan garing. Masuk udang. Kacau.
2. Bila udang dah masak, masukkan telur. Biar sekejap, baru kacau. Tambah sos blackpepper, nasi dan kicap lemak manis. Kacau sampai rata.
3. Perasakan dengan serbuk nasi goreng ayam. Kacau sampai nasi masak sekata. Tutup api. Hidangkan dengan taburan daun sup dan bawang goreng. Done.
Resepi Oleh: Dapurfaafeefoo