Resepi Kaya Karamel Homemade
Bahan A:
- 1 cawan santan pekat – saya guna 1 kotak kecil santan ayam brand
- 2 sudu besar tepung jagung
Bahan B: Gula Hangus
- 1/2 cawan gula pasir – boleh ejas sikit lau tak nak manis sangat
- 1/2 cawan air panas
Bahan C:
- 3 biji telur A tau B
- 3/4 cawan gula pasir
Bahan D:
- 1 helai daun pandan – disimpul, saya tambah untuk naikkan lagi aroma yang sangat merecik.
Cara-Caranya:
1. Bahan A: Satukan bahan, kacau hingga licin tak berketul, ketepikan.
2. Bahan C: Satukan bahan, kocok bahan hingga gula hancur dan berbuih.
3. Bahan B: Dalam kuali atau periuk masukkan gula, masak gula hingga jadi karamel cantik. Kemudian, tuang air panas perlahan-lahan sambil mengacau hingga karamel licin.
4. Masukkan daun pandan, diikuti bahan C. Masukkan sedikit-sedikit sambil mengacau guna whisk tanpa henti hingga telur habis.
5. Tuang bahan A, masukkan sedikit-sedikit sambil mengacau tanpa henti juga hingga santan habis.
6. Teruskan mengacau lebih kurang 15 minit dengan api yang sederhana. Kacau hingga pekat terus tutup api. Sejukkan dahulu sedia digunakan.
Boleh hidangkan resepi mudah, kaya karamel homemade dengan roti benggali homemade juga.
Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish