Blog

Resepi Susu Badam Untuk Badan Sihat dan Kulit Bersih

resepi-susu-badam-untuk-badan-sihat-dan-kulit-bersih

Resepi Susu Badam Untuk Badan Sihat dan Kulit Bersih

Baru tadi, ada kawan minta cara buat susu badam yang betul. Senang je nak buat susu badam ni. 2 bahan je. Bagus untuk bonda yang nak sihat & cantik. Kalau beli 1 kotak RM30, sebab badam ni banyak khasiatnya. Masa Maznee share resepi coklat kacang acuan ais tu, ramai juga yang tanya. Susu badam tak sebabkan sakit perut & tahan lebih lama disimpan. Selamat mencuba.

Bahannya 2 saja

Badam mentah
Air kosong

Caranya ambil cawan, isikan 1/4 atau suku cawan tersebut dengan badam yang telah dicuci. Dan masukkan ke dalam peti ais untuk disejukkan. Biarkan semalaman. Memang kena rendam dalam air ya. Keesokan paginya, saiz badam akan berubah sedikit. Nampak lebih gemuk sebab dah menyerap air.

Masuk dalam blender, tambah secubit garam & esen vanila. Blend bersama air dalam cawan tadi. Serat badam tu kita boleh tapis kalau mahu. Tak nak tapis pun tak apa. Bagus untuk dimakan.

Psst. Hampas badam tu boleh buat skrub muka tau. Nak bagi kulit bersih. Wow. Banyak kegunaannya. Hampas tu boleh buat biskut, kek, lempeng penkek. Orang putih siap buat tepung. Susu badam ni boleh dipelbagaikan lagi.

Nak sedap boleh tambah buah-buahan. Kurma & kismis pun boleh. Rasanya lemak lemak. Nak manis boleh tambah madu juga. Ikut kegemaran masing masing. Nak bagi tahan simpan dalam peti ais. Tahan 3 hari. Susu badam bagus untuk kesihatan. Cubalah amalkan, cuma badam ni mahal. Cuba beli kat kedai jual barang buat kek. Beli banyak murah sikit.

Selamat mencuba. Bolehlah minum awal pagi semasa sarapan, sambil sambil makan sarapan.

Resepi Oleh: Mazni Azmi