Kek Butterscotch with Honey Roasted Almonds
Buat untuk orang. Tapi sendiri pun tergoda. Telan ailio sajalah. Takda buat extra. Kek Butterscotch with Honey Roasted Almonds. Menusuk hidung bau sos butterscotch. Saya share sekali resepi yang saya buat niaga ni ye.
Bahan Kek:
- 75gram tepung kek/superfine *
- 60gram gula *
- 2 biji telur *
- 1 sudu kecil ovalette *
- 1/4 sudu kecil baking powder *
- 1 sudu kecil esen vanilla *
- 35ml air *
- 35ml minyak jagung
- Sedikit garam
Cara Mrmbuat:
1. Campurkan kesemua bahan bertanda (*) di dalam bekas dan pukul/mix sehingga gebu/putih/pekat/kembang. Matikan mixer.
2. Kemudian masukkan minyak jagung dan garam. Kacau rata. Masukkan adunan ke dalam loyang 8 inci yang telah dilapik dengan baking paper.
3. Bakar pada suhu 150°c selama 20 minit. Api atas bawah. Keluarkan kek dari loyang dan biarkan sejuk.
Bahan Sos Butterscotch:
- 100gram gula castor
- 20gram butter (unsalted)
- 1 cawan metrik whipping cream
- Sedikit air
- Sedikit garam
Cara Membuat:
1. Campurkan gula dan air ke dalam periuk. Masak sehingga perang. Jangan sampai pahit. Seterusnya, masukkan butter dan kacau sebati. Api perlahan je.
2. Kemudian masukkan whipping cream dan garam dan kacau sebati. Tutup api.
Bahan Whipped Cream:
- 1 cawan metrik non-dairy whipping cream
- Sedikit sos butterscotch
Cara Membuat: Pukul whipping cream sehingga mendapat tekstur stiff peak. Campurkan sedikit sos butterscotch ke dalam whipped cream dan kacau rata.
Cara Buat Kek Butterscotch:
1. Paipkan whipped cream ke atas kek dan ratakan. Potong kek menjadi bahagian-bahagian kecil.
2. Paipkan whipped cream ke atas setiap bahagian-bahagian kecil kek tu tadi. Paipkan atau tuang sos butterscotch ke atas kek.
3. Kemudian taburkan dengan Honey Roasted Almonds (dikisar kasar) atau kekacang kesukaan kita. Asal jangan kacang dal, kacang parang, kacang hijau, dan kacang kuda je.
Resepi Oleh: Khairunnisa Mohammad