Roti

Resepi Roti Sarang Lebah dengan Sos Butterscotch

resepi-roti-sarang-lebah-sos-butterscotch

Resepi Roti Sarang Lebah dengan Sos Butterscotch

Roti Sarang Lebah

Bahan Doh:

2 cawan tepung gandum
1/2 sudu besar mauripan
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu gula
2 sudu susu pekat
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam

Cara Buat:

1. Larutkan gula, mauripan, dalam air suam dan biar hingga berbuih. Satukan tepung, garam, baking powder, susu pekat kacau sebati.

2. Masukkan bancuhan gula dan mauripan ke dalam mangkuk tepung. Kacau pakai sudu. Uli doh dengan tangan dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan uli hingga doh tak melekat di tangan.

3. Uli doh hingga elastik (tolak tarik macam nak sental baju tu) lagi lama uli lagi bagus. Bila doh dah elastik, biarkan doh naik 2 kali ganda (bertutup).

4. Bila doh dah naik, tumbuk-tumbuk supaya anginnya keluar. Sapu tangan dengan minyak dan bulat-bulatkan doh sebesar buah mata kucing dan susun rapat dalam loyang yang disapu minyak.

5. Biarkan doh naik 2 kali ganda, sapu bahan glaze. Taburkan kuaci atau almond flakes dan biarkan doh rehat sementara.

6. Panaskan oven suhu 180-200 api atas bawah. 10 minit pertama guna api bawah jer. 5 minit terakhir pakai api atas bawah. Bakar selama 15 minit jer, keluarkan dari oven dan tuang sos butterscotch. Pastikan oven betul-betul panas.

Bahan Glaze atau Sapuan:

Cuba Resepi Ni:  Resepi Roti Daging Berkeju

Sebiji telur kuning sahaja
Pewarna kuning sikit
Esen vanila 2,3 titik

Cara: Satukan dan sapu di permukaan roti.

Bahan Sos Butterscotch:

1 cawan susu cair
1/2 cawan gula perang
tepung jagung 1sudu kecik
2 sudu besar butter
secubit garam
esen vanilla 2, 3 titik

Cara Buat: Cairkan butter, masukkan susu, tepung jagung, gula perang, garam, dan esen vanilla. Kacau supaya tak berketul, masak hingga sedikit pekat.

Resepi Oleh: Raja Amanina