snek

Resepi Rempeyek Kacang Dhal

resepi-rempeyek-kacang-dhal

Resepi Rempeyek Kacang Dhal

Bahan-Bahan:

500gm tepung beras
5 Cawan santan
2 biji telur
250 gm ikan bilis
400 gm kacang dal/kacang hijau – direndam semalaman
2 sb Ketumbar
2 sb Jintan manis
2 sb Jintan putih
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
Garam secukup rasa
Minyak untuk mengoreng

Cara Membuat:

1. Bawang putih, kunyit hidup, ikan bilis, ketumbar, jintan putih dan jintan manis di tumbuk/dikisar.

2. Masukan bahan yang telah dikisar ke dalam tepung beras.

3. Masukan santan, telur, garam dan kacau sehingga tidak bergentel.

4. Panaskan minyak dalam kuali dan tuangkan (gunakan senduk) adunan yang telah di isi kacang dhal di tepi kuali.

5. Biarkan bahan garing, barulah boleh diangkat. Simpan rempeyek di dalam bekas kedap udara.

Rempeyek Kacang Dhal