
Kek Kayangan Luxury Dark Chocolate Cake
Salam dan hi semua, Mr.Ali nak share resepi Luxury Dark Chocolate Cake. Tak susah pun, tak pakai mixer. Chilled cake, set semalaman dah terus boleh makan.
Bahan-Bahan: Loyang 6 inci
Base –
- 240 gram digestive biscuits yang dihancurkan – Nak pakai biskut marie pun boleh
- 90 gram butter
Dark Chocolate Filling –
- 200 gram dairy whipping cream
- 400 gram dark chocolate compound
- 2 sudu makan butter
- 3 sudu makan nutella (tak nak pakai pun takpe)
Topping –
- Serbuk koko
Mudah dan sikit je kan bahan dia, senang je. Jom baca cara buat pula.
Cara Membuat:
Base –
1. Hancurkan 240 gram digestive biscuits + gaulkan bersama 90 gram butter yang telah dicairkan.
2. Kemudian mampatkan dalam loyang, ratakan sampai ke tepi loyang. Mampatkan betul-betul dan Setkan dalam peti selama 30 minit.
Dark Chocolate Filling –
3. Double boil 200 gram dairy whipping cream + 400 gram dark chocolate compound + 2 sudu makan butter. Double boil sampai semua bahan sebati. Dah siap double boil, bagi dia suam dalam 10 minit.
4. Letakkan 3 sudu makan nutella atas base tadi. Tak nak pakai nutella pun takpe. Nak gantikan dengan spread lain seperti peanut butter atau lotus biscoff pun boleh. Tak nak letak apa-apa pun takpe.
5. Lepas tu tuangkan chocolate yang kita dah double boil tadi. Hentak hentak sikit supaya bubble keluar. Setkan dalam peti bahagian chiller semalaman atau 7 jam ke atas.
Topping –
6. Dah set semalaman, tabur ja serbuk koko pakai penapis tu atas kek. Dah siap, kalau nak potong bagi dia set dalam 10 minit dulu baru potong ya.
7. Masa potong kek ni jangan pi buka kipas dekat-dekat dengan kek, habis beterbangan serbuk koko di udara. Sedap sangat, cubalah!.
Resepi Oleh: Mr. Ali