Kuih Muih

Resepi Karipap Kentang Telur

resepi-karipap-kentang-telur

Resepi Karipap Kentang Telur

Bahan-Bahan: (KULIT)

3 cawan tepung gandum
3 Sudu besar minyak Masak
1 mangkuk Kecil air panas 50gm Mentega
garam

* KULIT Karipap ini garing Walaupun dibiarkan 5-6jam

Caranya:

– Satukan minyak , air panas dan garam
– curahkan bahan tadi kedalam bekas tepung sedikit Demi sedikit … Uli sehingga adunan tidak melekat di tepi2 bekas …
– masukkan Mentega , uli Lagi
– bentukkan bulat2 dan ISi inti , klimkan … Dan goreng dengan minyak perlahan , sehingga kekuningan

** untuk menggoreng Karipap yang cantik , takde jerawat … Gunakan api Kecil untuk permulaan dan besar kan sedikit selepas itu … Dan kecilkan api semula sehingga kekuningan dan angkat

Intinya:

Kentang
Serbuk kari ikan
Udang kering
Bawang Merah
Bawah putih
Daun kari
Air
Garam
Pak aji atau kiub ikan bilis
Sedikit Gula
Minyak untuk Tumis
Telur rebus

Caranya:

– Tumis Bawang Merah dan Bawang putih … Naik bau masukkan udang kering Tumis Lagi , masukkan serbuk kari dan Daun kari … Tumis sedikit hingga naik bau
– masukkan Kentang dan air
– masukkan garam , Gula dan kiub @ Pak aji
– biarkan Masak dengan api sederhana
– bila hampir Masak masukkan Telur rebus … Gaulkan
– tutup api, Sejukkan.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kuih Bangkit

Resepi Oleh: Norien Abdul Wahab