
Karipap Inti Kurma Daging Rangup Sampai Petang
Ramai mintak resepi. Jadi sis sharekan disini ye, semoga setiap perkongsian memberi manfaat untuk semua.
Bahan-Bahan Inti:
- 500 gm daging rebus empuk dan dihiris dadu. Atau nak hiris dadu siap-siap and rebus empuk pun boleh.
- 1 kg kentang
- 100 gm serbuk kurma
- 1 sudu besar serbuk lada hitam
- 2 ulas bawang merah – dihiris
- 5 ulas bawang putih – dihiris
- Serbuk kayu manis
- Stock rebusan daging
- Garam & gula secukup rasa
- 1 kiub daging
Cara Memasak:
1. Rebus daging hingga lembut dan ketepikan. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga berbau harum. Masukkan serbuk kurma, lada hitam dan serbuk kayu manis yang telah dibancuh dengan sedikit air.
2. Tumis seketika sehingga pecah minyak dan kemudian masukkan daging yang telah direbus tadi. Masukkan kentang dan stock rebusan daging secukupnya untuk bagi kentang empuk.
3. Tunggu sampai kentang empuk, kemudian masukkan daun sup. Siap.
Resepi Kulit Karipap. Ini resepi kulit karipap mak saya. Resepi kulit karipap ni insyaallah ranggup dari pagi hingga ke petang.
Bahan-Bahan:
- 3 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil garam halus
- 2 sudu besar marjerin
Gaul semua bahan di atas sampai jadi macam serbuk roti.
- 1/3 cawan minyak
Cara Membuat:
1. Panaskan 1/3 cawan minyak. Bila dah panas, tuangkan kat atas tepung dan marjerin tadi, gaul dulu dengan sudu. Guna tangan melecur pula jari tu nanti. Kemudian, masukkan air sejuk dalam peti sejuk anggaran 1 cawan. Masukkan sikit-sikit dan ulilah sampai tak melekat kat tangan dan menjadi doh yang cantik.
2. Tutup dan rehatkan doh tadi selama 30 minit. Cukup 30 minit, uli semula doh tadi dan boleh start gelekkan sedikit demi sedikit doh dan boleh bentuk dalam acuan serta masukkan inti karipap tadi. Dan sedia untuk digoreng. Siap.
Resepi Oleh: Shida Razak KC