
Cara Buat Karipap Pusing Inti Daging
Bahan-Bahan:
Doh Minyak –
75 gm marjerin
150 gm tepung
Doh Biasa –
350 gm tepung gandum
1/2 sd teh garam
air (lebih kurang 1/2 cawan)
2 sd besar minyak masak yang dipanaskan
Inti Karipap ( daging ) –
300gram daging cincang
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
sedikit halia
1 biji kentang ( dipotong dadu kecil-kecil )
rempah kari Baba’s atau rempah biasa
sedikit garam
Cara Membuat:
Inti –
1. Panaskan minyak, masukkan bawang besar yang dihiris nipis serta halia dan bawang putih yang ditumbuk. Masak hingga kekuningan.
2. Masukkan daging dan kentang, masak dalam masa 1 minit. Kemudian tambahkan rempah kari Baba’s dan juga garam. Masak hingga kentang lembut.
3. Biarkan sejuk sedikit sebelum dimasukkan ke dalam karipap.
Penyediaan Doh –
1. Campur bahan doh minyak dalam sebuah mangkuk dan uli hingga menjadi sebuku doh. Bahagi kpd 16 bebola.
2. Campur bahan doh biasa dalam sebuah mangkuk dan uli sampai jadi doh yang licin. Bahagi kepada 16 bebola.
3. Masukkan doh minyak ke dalam doh biasa, bulatkan. Buah semua sehingga habis semua doh.
4. Canai seketul doh sampai nipis kemudian gulungkan. Canai semula doh tersebut dalam bentuk memanjang. Gulungkan.
5. Potong dua bahagian doh tersebut dengan pisau tajam.
6. Canai satu bahagian doh itu, terbalikkan masukkan inti. Tutup rapat. Kelim tepinya.
7. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga garing keemasan. Hidangkan.