Mee, Sup

Bihun Sup Utara Dengan Sambal Kicap dan Sambal Merah

bihun-sup-utara-dengan-sambal-kicap-dan-sambal-merah

Bihun Sup Utara Dengan Sambal Kicap dan Sambal Merah

Menu Masak Hari Nie Bihun Sup Utara. Buat ayam dan daging. Sambal pun buat dua jenis sambal kicap dan sambal merah.

Bahan dan Cara Membuat

Untuk Bihun: Rendamkan dalam air setakat rendam bihun bersama serbuk kunyit dua sudu besar dan rebus sampai agak lembut untuk dimakan, siap rebus terus toskan.

Bihun Sup Utara Dengan Sambal Kicap dan Sambal Merah

Untuk Kuah Sup:

Bahan blend bawah nie ye;

  • Bwg merah besar 3 biji
  • bwg putih 5 ulas
  • halia besar ibu jari
  • lada hitam dalam 3 sudu besar
  • cili api hijau kecik 5 biji
  • Ayam ambik isi bahagian dada, iqa guna 5 ketul dada
  • Daging iqa guna 1/2 kg – Iqa belah 2 ja daging tu

Bahan Lain –

  • Secukup rasa
  • 4 sekawan
  • Sup bunjut 1 packet
  • Sup tulang 1 packet
  • Minyak masak

Bahan Hiasan

  • Daun Sup (hiris)
  • Bawang goreng
  • Lobak masin (hiris)

Cara Buat Kuah Sup:

1. Panaskan periuk yang sesuai dan masukkan minyak masak. Bila minyak dah agak panas, masukkan 4 sekawan, sup bunjut dan sup tulang. Masukkan pula bahan blend tadi, kacau sampai naik bau.

2. Bila dah naik bau, masukkan ayam dan daging dan air agak-agak dengan kuantiti ayam daging kita tu. Masukkan secukup rasa ikut rasa sup yang sesuai dengan tekka kita.

3. Bila daging dah empuk lembut, bawak kuar sekali dengan dada ayam tu, tunggu sejuk sikit carik-carikkan dada ayam tu. Daging tu hiris halus sikit dan ketepikan. Last sekali sebelum tutup api, masukkan bawang goreng dan daun sup hiris tadi. Siap.

Bihun Sup Utara Dengan Sambal Kicap dan Sambal Merah

Resepi Sambal Kicap:

  • Cili api hijau kecik dalam 20 biji
  • bwg putih 5 ulas
  • kicap jalen lemak manis agak-agak saja
  • secukup rasa secubit
Cuba Resepi Ni:  Resepi Mi Goreng Sambal Sotong Penang

Cara Buat: Blend semua bahan sampai hancur. Lepas blend, masak sekejap atas dapur.

Cara Buat Sambal Merah:

1. Blendkan 2 biji bwg merah kecil + 2 ulas bwg putih dan belacan sikit je dalam besar duit seposen.

2. Serbuk cili tu iqa guna brand BABAS guna 2 packet kecik, larutkan dengan air panas, air panas tu buh agak-agak je bagi kacau jangan ada ketul-ketul dah ya. Campur susu manis satu sudu besar dan kacau lagi.

3. Dalam kuali, panaskan minyak masak dalam setengah senduk. Bila dah panas, masukkan bahan blend tu, masak sampai naik bau.

4. Masukkan bahan bancuhan cili tadi, masukkan secukup rasa sikit ikut tekak kita agak-agak ja jangan masin dan jangan tawar. Kacau sampai agak kering macam iqa buat tu ye dan boleh tutup api.

Bihun Sup Utara Dengan Sambal Kicap dan Sambal Merah

Resepi Oleh: Shafiqah Abd Razak