Sambal Tumis Telur Versi Telur Rebus dan Telur Dadar
Yang mana satu menjadi pilihan? Hari ni, saya masak sambal tumis telur je. Tapi, ada 2 versi yang menggunakan telur rebus dan telur dadar.
Sambal tumis telur dadar tu, ada nostalgia. Masa saya kecil dulu, arwah mak pernah masak. Sedapnya makan nasi dengan lauk tu saja. Nak makan dengan nasi lemak pun, boleh jugak.
Telur untuk sambal tumis telur rebus tu pulak, saya goreng sekejap sampai sedikit keperangan. Itu pun saya ikut style arwah mak. Tapi, kalau tak suka, tak payah goreng pun tak apa. Selamat mencuba.
Bahan-Bahan:
- 5-6 biji telur
- 2 biji bawang besar*
- 4 ulas bawang putih*
- 15-20 tangkai cili kering*
- Sedikit air
- Sedikit air asam jawa
- 1 biji bawang besar (hiris)
Cara Penyediaan:
1. Telur Rebus; Panaskan sedikit minyak masak. Goreng telur rebus sehingga kulit luarnya keperangan.
2. Telur Dadar: Panaskan sedikit minyak masak. Goreng telur. Angkat dan potong mengikut saiz yang disukai.
3. Buat Sambal; Kisar bahan-bahan yang bertanda (*). Panaskan minyak masak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Ulang langkah ini dengan menambah air 2-3 kali supaya cili masak, warna sambal cantik dan sambal tahan lama.
4. Masukkan sedikit air asam jawa serta perasakan dengan gula dan garam. Masukkan pula telur dan hirisan bawang. Gaul rata. Sedia untuk dihidangkan.
Nota: Resipi ini adalah untuk setiap satu jenis hidangan sambal tumis.
Cuba Sambal Minang Ni Pun Sedap Juga >> https://shope.ee/2q1vKTATeS
Resepi Oleh: Noor Ashikin Saerah