Jemput-Jemput Bilis Lembut Tak Guna Yis atau Soda
Bagi yang dok suka rasa jemput yang lembut sebab yis atau soda, boleh try resepi mok mertua mokcik ni. Lembutnya hanya guna air panas. Rasanya dok mudoh muak macam jemput yis dan soda.
Bahan-Bahan: Anggaran sahaja, selebihnya terserah pada taste masing-masing.
- 1/2 kg gandum
- 1 cawan ikan bilis (blend dengan air, kalo tak nak blend pun tak apa, tapi kalau blend rasa lagi kuat ikan bilis tu)
- 1/2 senduk gula
- 1 sk garam
- 1 sb perisa maggi cukup rasa
- Air panas secukupnya
Cara Membuat:
1. Satukan semua bahan dan masukkan air panas, kacau hati-hati tau, jangan derah-derah kot ngecik ke kak dio mokcik dok tanggungjawab. Jemput ni bia dia ada rasa manis sikit, masin sikit kira jadilah.
2. Sebelum satukan bahan-bahan tu panaskan dulu minyak, sedang molek habis adun bahan-bahan terus boleh goreng. Doklah menunggu lama sangat anok nok makan.
3. Goreng dengan api sederhana kuat, nak api kuat pun boleh, kalau nak rangup, lama sikit la goreng. Tapi lebihnya nok cerita pasal jemput ni, sapa ke esok pun masih lembut, kalo jemput soda tu, petang tu dah keras kan?. Jom pakat cuba.
Guna ikan bilis jenis ni baru rasa sedap bila buat cucur >> KLIK DI SINI
Resepi Oleh: Nurul Husna Mohamed Daud