Aiskrim Soda Sakura Rasa Masam Manis Laici
Tertengok satu perkongsian video di TikTok oleh @Khuzy. Nampak cantik macam ikan kecil-kecil tetapi rupanya cebisan buah laici yang telah diwarnakan. Kombinasi air laici dan air aiskrim soda memang terbaik! Rasa macam jeruk laici bila aiskrim sedia dimakan. Masam-masam manis.
Buah laici pula, pertama kali beli keluaran Yusuf Taiyoob punya. Buat pesanan dari shopee sebab susah nak dapat. 100% sedap dan puas hati walaupun harganya lebih mahal daripada laici tin yang biasa. Berbaloi.
Cik Fieyza kongsi resipi di sini jika ada yang belum pernah cuba. Anggaran untuk 1 tin laici. Gandakan jika nak buat lebih.
Bahan-Bahan:
- Laici dalam tin – 1 tin
- Air aiskrim soda – 1 botol
- Air gula – tambah ikut kemanisan tekak sendiri sebab bila air dah beku, rasa manis akan kurang.
- Tepung jagung – 1 sudu (larutkan dengan air)
- Plastik aiskrim
- Pewarna pilihan
Cara Membuat:
1. Campurkan air laici dan gula serta bancuhan tepung jagung. Masak sehingga gula larut. Tambah ke dalam air aiskrim soda, kacau sebati.
2. Carikkan buah laici kemudian bahagi kepada beberapa bahagian dan letak pewarna yang disukai. Biar sekejap kemudian bilas dan sejatkan air.
3. Masukkan buah laici pelbagai warna dan air campuran tadi ke dalam plastik. Ikat kemas dan boleh masukkan dalam peti ais sampai keras. Siap!
Buah Laici Bersirap Dalam Tin Yusuf Taiyoob >> https://shope.ee/6AFNsgnjiD
Resepi Oleh: Novelis Affieyza Isahak