Kuih Muih

Mesti Cuba Kuih Seri Muka Dengan Topping Lebih Lembut

mesti-cuba-kuih-seri-muka-dengan-topping-lebih-lembut

Mesti Cuba Kuih Seri Muka Dengan Topping Lebih Lembut

Resepi kuih seri muka, resepi mak Mr.Ali (edisi topping lembut). Harap hampa sudi la send ♥️ dekat mak saya.

Jom study! InsyaAllah saya guide supaya hampa senang faham naa.

Guna Loyang Petak 8 Inci (lapis plastik)

Bahan-Bahan:

  • 4 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 4 cawan santan pekat + 2 sudu teh garam (Dah masukkan garam terus asingkan 2 bahagian, 2 cawan untuk pulut dan 2 cawan untuk topping)
  • 5-6 helai daun pandan
  • 2 biji telur gred A
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan tepung gandum

Cara Buat Bahagian Pulut: 4 cawan beras pulut (dibasuh). Dah selesai basuh, rendamkan dengan 2 cawan santan cair selama 30 minit. Selepas 30 minit rendam, simpulkan daun pandan dan kukus pulut selama 30 minit.

Untuk Bahagian Topping:

Kisar halus 5-6 helai daun pandan + 1 cawan air. Dah kisar sila tapis. Akan dapat lebih kurang 2 cawan air pandan. Ketepikan. Seterusnya masukkan 2 biji telur gred A, kacau sekejap dan masukkan;

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air pandan yang kita buat tadi
  • 2 cawan santan pekat

Kacau bahan-bahan di atas ni sebati. Dah sebati masukkan 1 sudu kecil pewarna hijau dan 1 sudu kecil pewarna kuning. Kacau sebati. Ketepikan.

Cara Membuat:

1. Ok pulut tadi, selepas kuku 30 minit masukkan 2 cawan santan pekat tadi (Baca balik bahagian bahan-bahan. Santan pekat dah diasingkan selepas ditambah garam). Ratakan santan tadi dan sambung kukus lagi 10 minit.

Cuba Resepi Ni:  Donut Kelapa Hawaii Rugi Tak Cuba

2. Sementara itu ambil topping dah siap tadi, tapis dan masakkan atas api perlahan sampai berwap atau ade sedikit gumpalan. Anggaran atas api hanyalah 2 minit. Ingat api perlahan. Ini untuk dapat texture licin dan cantik atas topping (Tips).

3. Off api dan tuangkan keatas pulut tadi. Sambung kukus selama 30-40 minit sehingga masak. Api perlahan. Kalau api kuat topping akan jadi berkedut (Tips). Balut penutup dengan kain agar wap tak jatuh atas topping tadi.

4. Bila dah masak, sila sejukkan dulu selama 20 minit dan masukkan dalam peti selama 30 minit lagi dan potong ikut kreativiti hampa. Potong pakai pisau plastik dan layangkan atas toping perlahan-lahan baru potong. Jangan potong panas-panas satgi tak cantik.

Selamat mencuba semua!.

Mesti Cuba Kuih Seri Muka Dengan Topping Lebih Lembut

Resepi Oleh: Muhammad Ali