Japanese Souffle Pancake Lembut dan Gebus
Bahan Untuk Batter:
- 2 biji kuning telur (gred A)
- 1 sb susu full cream (abam pakai brand dutch lady)
- 1 sk esen vanilla
- 3 sb tepung gandum
- 1/2 sk baking powder
Maringue:
- 3 biji putih telur (gred A)
- 1 sk jus lemon (boleh pkai cuka)
- 1/4 cwn gula kastor (abam pakai cawan metrik)
- 2 sk tepung jagung
Cara Membuatnya:
1. Dalam bekas, masukkan kuning telur. Dengan menggunakan whisk tangan, campurkan kuning telur dengan susu full cream sehingga sebati.
2. Masukkan esen vanilla, tepung gandum dan baking powder. Kacau sehingga semua bahan sebati dan tak berketul. Ketepikan.
3. Dalam bekas yang lain, pukul putih telur sehingga soft peak. Masukkan jus lemon atau cuka. Masukkan gula sedikit demi sedikit (bahagikan kepada 3 bahagian) sehingga habis.
4. Putar maringue sehingga bertanduk dan glossy. Masukkan tepung jagung. Campurkan maringue (bahagikan kepada 3 bahagian juga), masukkan sedikit demi sedikit sehingga habis.
5. Panaskan kuali (elok pakai non stick yang ada tudung), griskan dengan sedikit minyak. Scopekan batter pancake, letakkan sedikit air di tepinya, tutup kuali dan tunggu sehingga pancake masak.
6. Hiaskan pancake bersama fresh cream, nutella dan buah-buahan seperti strawberi dan peach. Taburkan snow powder untuk effect yang mewah. Sedia untuk dinikmati!.
Tips Penting:
- Pastikan batter pancake tak terlalu cair. Consistency batter dan maringue sangat penting.
- Boleh gunakan piping bag untuk pipekan batter pancake di atas kuali. Abam rasa cara ni lebih mudah.
- Sekiranya batter pancake cair, boleh gunakan parchment paper atau aluminium foil sebagai acuan (mould) untuk dapatkan pancake yang tebal.
- Berhati-hati semasa membalikkan pancake kerana adunan pancake agak lembut.
- Adunan di atas boleh menghasilkan 5-6 keping pancake yang tebal. So kalau ramai, better gandakan adunan.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba guys!.
Resepi Oleh: Khairul Hasrol