Sarapan

Resepi Japanese Souffle Pancake, Memang gebu, lembut, dan Ringan Rasanya

resepi-japanese-souffle-pancake

Resepi Japanese Souffle Pancake

Bahan-Bahan: (10 keping)

2 biji telur gred A (diasingkan telur putih dan kuning)
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
4 sudu besar gula
3 sudu besar susu segar/ sejat
Sedikit majerin/butter utk disapu pada pan.

Cara Buat:

1. Masukkan telur kuning, esen vanilla, susu segar/sejat dan dipukul sehingga sebati.

2. Kemudian masukkan tepung dan baking powder, dipukul sehingga sebati. Ketepikan.

3. Di dalam mangkuk lain masukkan telur putih yang diasingkan tadi (pastikan tiada setitis telur kuning bercampur), dipukul menggunakan whisk sehingga kembang dan masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga gula habis dan telur putih menjadi gebu.

4. Campurkan adunan tepung tadi bersama telur putih yang dipukul tadi, dan diadun secara kaup balik, supaya adunan kekal gebu dan ringan.

5. Panaskan pan, oleskan majerin atau butter dan tuangkan adunan menggunakan sudip. Terbalikkan apabila satu bahagian telah masak. Sedia dihidang.

– Boleh dihidangkan bersama coklat yang dicairkan mahupun whipped cream dan juga buah-buahan.

Cuba Resepi Ni:  Nasi Goreng Sambal Udang Kering Cendawan Butang

Resepi Oleh: Nurul Majdina Fatini Zuha