Resepi Kampung Masak Lemak Bayam Brazil
Sekali sekala kita layan menu kampung pulak ye. Asyik western je pun boring juga kan?. Ehh, korang jangan memain tau, tengok je simple menu ni tapi licin seperiuk weyh. Anak-anak Kak Za siap hirup kuahnya tu sampai licin tau. Hahaha. Jom kita tengok bahan bahannya.
Bahan-Bahan:
- Bayam Brazil secukupnya
- 2 pek cendawan tiram (disiat siat halus)
- 1 batang lobak merah (dipotong bulat)
- 3 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
- 1/2 labu bawang besar (belah 3)
- 4 biji cili padi (dibelah dua)
- 7 ekor udang segar (dikupas kulitnya)
- 1 cawan santan pekat
- 1 bungkus tempe (dipotong dadu)
- Garam secukup rasa
- 2 cawan air
Cara Memasak:
1. Nak masak resipi ni mudah sangat, jadi kita main campak campak je. Mula mula masukkan air ke dalam periuk. Masukkan bawang putih yang ditumbuk, biarkan sehingga mendidih.
2. Bila dah mendidih, masukkan udang. Masak seketika ye. Kemudian masukkan lobak merah, cili padi dan tempe. Kacau rata. Lepas tu, masukkan bayam brazil, cendawan tiram dan bawang besar.
3. Biarkan masak seketika. Last sekali masukkan santan dan garam secukup rasa. Biar mendidih sekejap baru tutup api. Jangan masak terlalu lama ye nanti sayur lembik dan santan pecah minyak pulak.
4. Ok dah siap. Boleh la dimakan dengan nasi panas panas, letak sikit sambal belacan. Pergh meletops kebabom. Korang boleh juga pelbagaikan bahan, contoh nak letak labu ke, kobis ke. Ikut memana korang suka le ye.
Resepi Oleh: Iza Abu Bakar