
Cara Buat Mee Bodoh ala Pak Hassan
Semalam, teringin sangat nak makan Mee Bodoh Pak Hassan. So i try la replicate Mee Bodoh Pak Hassan semalam. Sekali jadi sangat uols!. Today i guess i need to share macam mana nak buat Mee Bodoh ni. So untuk sesiapa yang rindu dengan Mee Bodoh Pak Hassan ni bole la try buat nanti. Almaklumlah kita semua tak bole rentas Negeri kan.
But mind you ni bukan resepi Pak Hassan ok. Sebab rasanya sepanjang 37 tahun jadi org Melaka, Pak Hassan tak pernah reveal resepi mee or sambal dia tu. Tapi sebab selalu makan, i cuba agak-agak resepi dia ok. So lets start.
Bahan Sambal Mee Bodoh:
- 20 tangkai Cili kering
- 5 biji bawang merah
- 1 ulas bawang putih
Cara Membuat:
1. You blend semua bahan di atas. Lepas tu panaskan minyak, tumis cili sampai garing jadi sambal. Make sure masa tumis minyak kena banyak okay. Then letak garam, ajinamoto and asam pes/asam jawa/asam keping (ikut suka). By the way, sambal Pak Hassan memang masam-masam sikit. Masam-masam pedas dia… Pergh.
2. Lepas tu tepikan sikit sambal tadi dalam bekas lain. Sambal dalam kuali tadi, you goreng plak mee. Dah hampir nak masak, letak taugeh plak. Taugeh jer ok. Taugeh sahaja. Sayur-sayur lain tak perlu. Balik-balikkan sekejap. Tutup api sebab kita tak nak taugeh tu jadi lembik. Ok Mee Bodoh settle!.
3. Now kita goreng telur gegau pulak. Selalu i tengok budak goreng telur tu, dia goreng dengan minyak sambal. Tapi semalam tak sempat plak nak asingkan minyak tu uols. So i goreng biasa jer tapi kena make sure gegau ok. Lepas tu taburkan timun yang rangup dan letak sambal yang kita dah asingkan tadi atas telur gegau tu.
Hah settle! Selamat mencuba.
Resepi Oleh: Nur Hazeleen Bashah