
Donut Susu Pandan Makan Dengan Sangkaya Pandan
Macam-macam resepi donut yang lalu kat wall. Bagi yang tak berapa gemar warna terang red velvet, boleh try soft green pandan. Bau pandan memang semerbak bila goreng. Ina sharekan resepi untuk korang buat.
Bahan Donut Susu Pandan:
- 1 cawan air suam
- 2 sudu besar gula
- 1 peket yis (11 g)
Kacau larut semua bahan di atas, biarkan sampai mengembang & berbuih.
- 4 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh garam
- 2 sudu besar susu tepung
- 2 sudu besar marjerin
- 2 sudu besar susu pekat
- 1 sudu kecil baking powder
- Sedikit emulco pandan & pewarna hijau epal
Gaul semua bahan dia atas hingga jadi seperti serbuk roti.
Cara Membuat:
1. Campur air yis dan adunan tepung. Uli sampai doh licin dan restkan selama 30 minit (pastikan tutup dengan kain atau plastic wrap).
2. Tumbuk doh untuk buang angin dan uli lagi sekejap. Potong doh (kalau boleh timbang untuk bentuk sekata).
3. Rounding comel-comel dan restkan doh selama 10 minit. Tekan doh dan terapkan lubang tengah. Restkan doh sekali lagi selama 5-10 minit. Barulah boleh digoreng.
Bahan Sangkaya Pandan:
- Daun pandan 8 helai & Air 400 ml blendkan dan ambil airnya
- 2 Santan kotak 200ml
- 3 sudu makan gula
- 2 sudu makan tepung kastard
- 1 sudu teh garam
Cara Membuat: Larutkan semua bahan dan masak sampai likat.
Donut gaulkan dengan susu tepung dan cicah dengan sangkaya pandan. Selamat mencuba.
Guna Perisa Pandan Ni Boleh Bau Wangi Satu Rumah >> https://shope.ee/9zQf7t6LGi
Resepi Oleh: Zairina Yuszairi